Coke And Sundae 7
BAB 7
AMBOI… berseri-seri wajah anak dara Encik Idris hari ini. Dari semalam memanjang senyumannya sampai masuk ke dalam bilik tidur.
Apa yang diangaukan oleh anak gadis itu pun, Encik Idris tidak tahu. Ditanya pada dua orang abangnya… kedua-duanya gelengkan kepala, tidak tahu. Kerja rumah pun tidak perlu disuruh seperti selalu. Ringan saja tulang Azyan melakukannya.
Encik Idris mendekati Azyan yang sedang bersiap-siap, ingin keluar menghadiri latihan kelab teater.
Azyan kelihatan bernyanyi kecil sambil mengikat tali kasutnya.
Encik Idris berdehem.
Azyan mengangkat kepala sambil mengukir senyuman manisnya.
"Ayah tengok macam ada yang tidak kena dengan Yan semenjak dua menjak ni. Ada apa-apa ke ni? Pelik semacam aje?" soal Encik Idris.
"Takde apa-apalah ayah. Yan macam biasa aje," balas Azyan lembut.
"Apa yang tak peliknya? Yan sebelum ini tak pernah senyum ‘sepekat susu lemak manis Cap Teko’ tu."
Encik Idris menyatakan kehairanan yang bersarang di hati tuanya itu.
Azyan ketawa kecil. "Ala… ayah ni. Itu pun nak dihairankan. Sesekali kena juga jadi awek cun yang murah dengan senyuman."
Azyan menepuk-nepuk bahu ayahnya.
"Selalunya perempuan kalau senyum macam Yan ni, tandanya dah terkena penyakit angau. Penyakit orang dilamun cinta."
"Mengarutlah ayah ni. Yan tak mainlah angau-angau ni. Apa orang kata? Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tapi bila Yan mandi, memang badan Yan basah. Tidur Yan pun lena aje. Kalau makan pun kenyang perut Yan." Azyan membalas.
"Ada saja jawabnya," desis Encik Idris.
Azyan tersengih. Janji rahsianya tak terbongkar. Lepas praktis teater nanti dia akan keluar bersama Haziq. Tidak sabar rasanya mahu menunggu saat itu.
Haziq pujaan hatiku… mungkinkah Haziq sudah dapat membaca isi hatiku ini.
"Oh Azyan… ketahuilah dikau yang aku sudah lama menyintaimu sejak pertemuan pertama kita dahulu. Sudikah kiranya dikau menjadi kekasih hatiku?"
Adakah itu kata-kata yang akan diluahkan oleh Haziq? Alangkah romantisnya jika angan-angan Azyan itu menjadi nyata.
"Selalu Yan keluar pergi latihan teater tak pulak ayah nampak Yan berhias cantik-cantik begini. Ada apa-apa ke?" Terangkat-angkat kening Encik Idris ketika bertanya.
"Perempuan mestilah berhias cantik-cantik, ayah. Kut ada orang puji pun, ayah juga yang kembang hidung. Anak dara siapa yang cantik tu? Anak dara Tuan Mejar Idris."
"Yelah tu!"
"Alamak! Yan dah lewat ni ayah. Yan kena gerak dulu." Pantas tangan Encik Idris dicapai dan dikucup.
Encik Idris gelengkan kepala. "Bawak skuter elok-elok, Yan. Jangan dok gatal nak merempit pulak. Ayah balun kau nanti."
Sempat jugak Encik Idris memberikan amaran kerasnya. Tiada pesanan penaja lain. Azyan bukan makan saman. Degilnya tetap ada. Mengenangkan perangai Azyan bisa memeningkan kepala Encik Idris.
"Iyalah tuan mejarku sayang. Ala, kalau Yan merempit sekali-sekala pun bukannya ayah tahu."
"Yan…." Encik Idris jegilkan biji mata.
"Baru gertak sikit ayah dah ketar. Itu belum lagi Yan kata Yan nak lari ikut mat Indon. Mahu ayah kena lemah jantung."
Azyan ketawa. Suka benar kalau dapat menyakat ayah terhormat.
Encik Idris mendengus kecil. "Dari Yan lari dengan mat Indon baik ayah kahwinkan Yan dengan budak Syakir tu dulu. Biar dia ikat kaki dengan tangan Yan."
Sengaja mahu mengenakan Azyan. Dia tahu anak gadis itu amat pantang mendengar nama Syakir. Menyirap darahnya nanti.
Cemberut muka Azyan bila nama Syakir disebut. Tak suka betul nama mamat sengal yang suka bikin onar dengannya itu.
"Siapa nak kahwin dengan cicak kobeng tu? Tak hingin Yan kalau diberi kahwin free sekalipun," marah Azyan.
"Mula-mula benci tapi lama-lama boleh jadi suka, Yan," sakat Encik Idris sambil ketawa.
"Yan tak akan suka dengan dia. Ayah… Yan balik lewat sikit nanti. Nak jumpa kawan sekejap," beritahu Azyan seraya menyarungkan helmet pada kepala.
"Jangan balik lewat sangat dan jangan lupa pesan ayah tu."
"Yalah ayah. Assalamualaikum."
Skuternya dihidupkan. Perlahan-lahan skuter kesayangan Azyan keluar dari pekarangan rumahnya itu.
PERUBAHAN Azyan yang tidak lekang mengukir senyuman di bibir meresahkan hati Syakir. Apa tidaknya? Buah hati bakal keluar bertemu janji dengan sepupunya, Haziq. Tapi Syakir mengawal perasaan yang bergelora. Dia tetap selamba dan seolah-olah tidak perasan dengan keceriaan yang terpamer pada wajah Azyan. Dia tetap yakin hati Azyan akan menjadi miliknya. Yakin seratus persen.
Mood Azyan yang baik melancarkan latihan mereka. Tidak seperti selalu, ada saja yang tidak kena. Bertekak memanjang dengan Syakir. Yang kecil pun diperbesarkan. Syakir memang gemar mengeruhkan suasana.
"Hai… happy betul kau akak tengok," tegur Nani. Dia menepuk bahu Azyan dari belakang.
"Opocot mak kau! Kus semangat! Kok ye pun bagilah salam dulu, Kak Nani oiii."
Sambil melatah sempat lagi Azyan menjeling Nani dengan tajam.
Nani tersengih. "Sorry… siapa kasi Yan angau? Tak pernah Kak Nani tengok mood Yan sebaik ini."
Mahu dikorek rahsia dari Azyan. Tak mungkin Syakir yang bagi angau pada budak Azyan ni. Orang yang cantik macam Azyan mesti ada ramai peminat. Itu pun kalau mereka tidak tahu betapa ganasnya gadis yang luaran nampak comel dan lemah lembut ni. Kalau mereka tahu, mungkin tiada sesiapa yang akan berani mendekati Azyan.
"Kak Nani, kalau saya buka cerita jangan kasi tahu orang lain terutamanya dengan cicak kobeng tu."
Sempat Azyan mengerling ke arah Syakir yang berpura-pura sibuk mengajar anak-anak buahnya yang lain.
"Okey, akak tak cerita."
"Petang ini saya akan keluar dating. Dating dengan lelaki idaman saya."
Semakin lebar senyuman di bibir Azyan. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata. Baju apalah yang bakal dikenakan pada tubuh sasa Haziq. Tak kisahlah. Pakai apa pun Haziq tetap kacak di matanya.
"Siapa jejaka bertuah tu?"
Dalam hati Nani memang sudah dapat mengagak.
"Rahsia. Lagipun ini first date saya dengan dia. Belum declare apa-apa lagi. Tak maulah nak cerita lebih-lebih."
"Menjeruk rasa orang itu nampak gayanya…."
"Siapa yang menjeruk rasa tu, Kak Nani?"
"Takde siapa-siapalah."
Nani hanya melirik senyuman. Dia meninggalkan Azyan terkebil-kebil seorang diri. Nani merapati Syakir yang sibuk berbincang dengan Mat Karan.
"Bila nak bertindak?" tanya Nani separuh berbisik.
Rasa-rasanya Syakir sudah tahu Azyan akan keluar bertemu janji. Dan Syakir tentu saja tahu dengan siapa Azyan akan keluar.
"Kau tak risau ke?" sambung Nani lagi.
"Sikit pun aku tak risau. Takde sesiapa yang akan berani mengapa-apakan gorilla tu."
"Boleh percaya ke? Apa pun dia tetap seorang perempuan, Syakir. Aku dah ada satu plan yang baik punya," canang Mat Karan.
"Pada aku, dia lebih menakutkan daripada lelaki. Tak perlulah korang nak risau sangat pasal dia nak keluar dating tu."
Syakir tetap dengan selambanya.
Mat Karan memandang Nani.
"Betul ke kau tak kisah dia keluar dengan Haziq?" Nani masih menduga.
"Aku tak kisahlah. Lagipun takde faedahnya aku nak mengintip orang berdating ni. Buang masa aku aje."
"Betul ke?" tanya Nani. Dia pandang tepat ke anak mata Syakir.
Syakir tarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan. Nampak gayanya, terpaksa jugalah dia turut serta dengan rancangan bodoh Nani dan Mat Karan tu.
Azyan melurutkan rambutnya. Sengaja dibiarkan rambutnya lepas bebas. Sedikit bedak disapukan pada mukanya yang memang dah putih melepak itu. Juga sedikit lip balm dicalitkan pada bibirnya. Ringkas tapi menawan. Azyan mengukir senyuman, berpuas hati dengan penampilannya. Segera dia masukkan alat-alat soleknya itu ke dalam beg sandang yang dibawa.
Gelagat Azyan diperhatikan oleh Syakir dengan ekor matanya. Jika dilihat penampilan Azyan sekarang dengan Azyan yang dahulu, sudah amat jauh bezanya. Syakir lebih suka Azyan yang dahulu.
"Letak banyak mana pun bedak kat muka tu, kalau dah rupa gorilla tetap gorilla juga. Gorilla berangan nak jadi burung merak," sindir Syakir.
Walaupun nada suara Syakir perlahan, namun jelas kedengaran di telinga Azyan.
Azyan mengetap bibir. Syakir sengaja mahu mencetuskan pertelingkahan di antara mereka. "Sibuklah kau! Aku punya sukalah nak letak bedak banyak mana pun!"
"Aku memang suka menyibuk. Ala… macam aku tak tahu kau nak keluar dating dengan sepupu aku tu. Sebab tu la kau letak bedak banyak-banyak kat muka kau. Nak bagi cantik, konon."
"Kenapa? Kau jealous?"
Syakir ketawa berdekah-dekah.
Azyan kerut dahi.
"Jealous? Aku nak jealous dengan kau? Minta maaflah. Setakat gadis macam kau ni sekali petik sepuluh orang yang datang, tau."
"Berlagak! Petiklah jari kau tu. Aku nak tengok awek gila mana yang datang pada kau!" cabar Azyan. Dia menjuihkan bibirnya.
"Macam mana kalau kau datang sekali kat aku?" duga Syakir. Dia merenung tajam wajah ayu Azyan.
Berdegup kencang jantung Azyan melihat renungan yang memukau kaum wanita itu. Segera Azyan mengalihkan pandangan mata. Kenapa dia perlu rasa begini bila acapkali mata mereka bertaut? Syakir akan memberikan perasaan yang tidak selesa kepadanya.
"Jangan nak perasanlah. Aku tidak sesekali berikan hati aku pada lelaki macam kau!" marah Azyan.
Dia tudingkan jari pada muka Syakir.
Syakir tersengih. "Kita tunggu dan lihat."
"Hmph!"
Azyan malas hendak melayan Syakir. Dia memandang jam di tangan. Dia menepuk dahi. Alamak! Dia hampir terlewat. Dia tidak mahu Haziq tertunggu-tunggu. Tanpa mempedulikan Syakir, Azyan segera berlalu pergi.
Syakir sekadar menjongketkan bahunya lalu merenung ahli-ahli kelabnya.
"So, nak tunggu apa lagi? Kita pun kena gerak sekarang." Mat Karan memberikan arahan.
Syakir masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia memerhatikan sahaja langkah Azyan yang laju meninggalkan tempat latihan teater.
Mat Karan mendengus. Pantas dia merentap lengan Syakir, menarik lelaki itu mengikutinya.
Di satu sudut, Emelda memerhati dengan perasaan yang meluat. Dia seorang ditinggalkan dan tidak dihiraukan. Hatinya membengkak. Syakir menolak dia kerana Azyan. Emelda tidak puas hati. Dia perlu fikirkan cara untuk menjatuhkan Azyan. Azyan perlu diajar! Bukan susah nak mengenakan Azyan. Senyuman jahat terukir di bibir Emelda.

0 comments:
Post a Comment