Coke And Sundae 14
BAB 14
"KUNTILANAK!" jerit Anuar lantang. Hajat ingin ke tandas terus terbantut gara-gara ternampak kuntilanak.
Azuan yang sedang tidur di katil atas turut terjaga. Terpisat-terpisat kawan tu menggosok matanya. Apehal la pulak Anuar menjerit tengah-tengah malam ni? Sudahlah ayah outstation. Blackout pulak lagi! Leceh betul! Azuan melompat turun dari katil atas. Teraba-raba dia mencari lampu suluh.
"Apa kena dengan kau ni, Nuar? Menjerit mengalahkan orang perempuan!" marah Azuan. Dia menyuluh muka Anuar yang pucat.
"Aku nampak kuntilanaklah, Abang Zuan masa aku buka pintu bilik. Rambut dia mengerbang panjang. Pakai baju putih lagi." Beria-ia Anuar bercerita.
"Kuntilanak? Kau biar betul, Nuar. Selama kita duduk kat sini mana ada orang kecoh pasal hantu ni. Itulah, banyak sangat tengok cerita hantu kat DVD! Dah tahu diri tu penakut, ada hati nak tengok cerita seram," marah Anuar. Tengah blackout ni dia boleh pulak buka cerita kuntilanak!
Tiba-tiba Azuan teringatkan Azyan. Senyap saja. Tidur mati agaknya. Kalau bom meletup pun belum tentu lagi Si Azyan tu sedar. Risau pulak dia. Manalah tahu Azyan pun kena sakat dengan kuntilanak. Walaupun Azyan tu berani, gagah perkasa pula tu tapi dia tetap seorang perempuan. Tanpa berlengah Azuan menarik tangan Anuar lalu mereka menuju ke bilik tidur Azyan.
Perlahan-lahan Azuan mengetuk pintu bilik Azyan. Senyap tanpa sebarang respons. Azuan mengetuk dengan lebih kuat. Senyap jugak! Sah-sah Azyan tidur mati. Dia pandang Anuar yang memaut erat lengannya. Ini lagi seorang yang memalukan kaum lelaki. Penakut! Harap badan saja besar! Azuan melekapkan telinganya pada pintu bilik Azyan. Terdengar suara-suara halus seakan berbisik. Sayup-sayup pulak tu. Boleh kasi bulu roma meremang.
Bertambah seram bila Azuan dan Anuar dengar suara tawa yang mengilai-ilai itu. Mereka saling berpandangan.
"Aku takutlah, Abang Zuan…" adu Anuar.
"Ceh! Nak takut apa? Kan ke ayah dah pesan kalau jumpa benda-benda halus ni kita kena berani? Baca ayat-ayat suci Al-Quran, terutamanya ayat Kursi," desis Azuan.
Nampaknya Azuan lebih berani.
"Harap-harap kuntilanak tu tak apa-apakan Yan."
"Kalau Yan tu… abang rasa kuntilanak yang takut dengan dia, bukan dia yang takut dengan kuntilanak. Macam kau tak tahu pulak siapa adik kita tu."
Azuan mengetuk lagi sekali pintu bilik Azyan. Kali ini lebih kuat. Bergegar pintu bilik. Azyan ni... orang ketuk dah banyak kali pun masih tak buka pintu. Kang aku tendang pintu ni kang! Azuan mula berasap satu kepala.
"Azyan!" Dia laung nama Azyan dengan tahap volume yang paling tinggi.
Pintu bilik Azyan terkuak perlahan.
"Apa bising-bising ni?"
Wajah Azyan tertonjol di muka pintu.
Kebetulan pula lampu suluh Azuan tepat dihalakan pada wajah adiknya itu. Rambut mengerbang! Muka putih melepak! Berbaju tidur putih pulak tu! Agaknya Azyanlah kuntilanak yang Anuar katakan itu.
Azuan terpaku. Anuar pula sudah ketar memeluk tubuhnya dari belakang.
Azyan terpisat-pisat memandang dua orang abang kesayangannya itu.
"Kuntilanak!" jerit Anuar.
Pada masa yang sama, seluruh rumah itu menjadi terang.
Wajah Azyan juga jelas di pandangan mata masing-masing.
"Baguslah elektrik dah ada balik," ujar Azyan seraya menggaru kepalanya.
Seksa betul tidur dalam kepanasan. Pusing kanan tak selesa, pusing kiri pun tak selesa. Itu yang dia mengomel sendirian. Nasib baik ada bedak sejuk Kak Bedah jiran sebelah. Boleh juga ditempek di muka dan badan. Sejuk sikit. Lepas itu dia pasang lilin dalam bilik sambil membaca komik. Bila ada bab yang lucu, dia mengekek sendiri.
Azuan menekup mulut. Tak tahan nak pecah ketawa dah.
Anuar yang menyorok di belakang tampil ke depan. Berkerut-kerut mukanya. Kurang asam gelugor punya adik! Rupa-rupanya Azyanlah kuntilanak yang lalu depan bilik mereka tadi. Sudahlah dia penakut! Azyan buat lawak bodoh pulak!
"Ini apa hal pandang Yan semacam ni?" gerutu Azyan.
"Ha ha ha…." Azuan sudah terburai ketawa. Siap berguling-guling di atas lantai.
Azyan garu kepala lagi. Apa kena pula dengan abangnya yang seorang ini. Buang tabiat ke?
"Mana kau dapat bedak sejuk bertempek kat muka kau tu, Yan? Menakutkan orang betullah!"
"Kak Bedah jiran sebelah yang kasi. Bestlah pakai bedak sejuk ni. Memang sejuk, tau. Abang nak cuba ke? Yan boleh bagi. Ada banyak lagi stok bedak sejuk kat dalam billik tu."
Anuar menepuk dahi. Bila masa pulak budak sorang ni berbaik dengan Kak Bedah jiran sebelah tu? Bukankah Kak Bedah itu salah seorang musuh ketatnya juga selain Mak Timah Radio tu.
Azyan memang pantang betul dengar nama dua orang mak cik ni. Anti betul dia. Tapi dengan Syakir lagilah dia anti!
"Yan, Abang Nuar kau nampak kuntilanak," beritahu Azuan yang masih menahan tawanya daripada meletus.
"Kuntilanak?" Azyan buat muka blur. Kuntilanak? Menatang apa (apa bendanya) pulak tu? Dia mula mengusap dagu.
"Ala… kuntilanak dalam filem Indonesia tu."
"Oh… kat mana Abang Zuan? Dalam rumah kita ke?" Dia bertanya macam orang bodoh.
"Yan, cuba cermin muka Yan kejap." Suruh Anuar.
Azyan kerut dahi. Dia ikut saja kata abangnya itu. Tidak lama kemudian terdengar jeritan yang nyaring sekali. Jeritan kuntilanak!
Azuan dan Anuar menjadi mangsa amukan kuntilanak!
TERKERDIP-KERDIP manja mata Azyan ditujukan khas buat abangnya, Azuan.
Azuan hairan. Baik sungguh adiknya hari ini. Sediakan sarapan, basuhkan baju dan macam-macam lagilah. Baik ada makna tu, macam kata bapak Cik Rohani dalam filem Madu Tiga. Malam tadi bukan main garangnya membelasah dia dengan Anuar. Sekejap betul bertukar angin budak Azyan ni. Mentang-mentanglah Encik Idris tiada di rumah sampai esok! Tumbuh tanduk kau, ya. Kau mengganas!
Azuan pergi ke dapur, Azyan akan membuntuti dia ke dapur. Azuan ke tandas, Azyan tunggu di luar pintu tandas. Ke bilik air pun sama juga. Azyan tetap mengekori langkahnya. Rimas pun ada. Naik lemas pun ada. Anuar pulak awal-awal pagi sudah keluar. Ada hal penting, antara hidup dan mati katanya. Fuh! Itu lagi seorang. Mengarut betul!
"Yan ni kenapa?"
Akhirnya Azuan buka mulut. Itu pun setelah tak tahan tengok Azyan tersengih di hadapan televisyen, menghadangnya menonton cerita yang disiarkan. Kacau daun betul orang nak tengok cerita Kung Fu Panda sambil makan cekodok.
"Abang Nuar…."
Alahai, manjanya suara. Azyan duduk di sisi Anuar sambil mengurut-urut bahu abangnya itu.
"Nak apa ‘intan payung’ abang ni?"
"Yan nak pinjam jersi dan cap Manchester United abang, boleh tak?"
"Bukan ke sejak azali lagi Yan amat allergic dengan Manchester United?"
Laju mulut Anuar mengunyah cekodok di dalam mulutnya. Kuih kegemaran tu. Azyan masakkan special hari ini. Sedap!
"Allergic... allergic jugak tapi ini terpaksalah, bang. Jersi Chelsea Yan bersusun kat ampaian tu," omel Azyan.
Huh! Jangan harap aku nak pakai lawa-lawa jumpa budak Syakir tu.
"Emmm... okeylah. Abang bagi Yan pinjam. Tapi ada syaratnya."
Azyan bersorak di dalam hati. Tidak kisah apa pun syaratnya, janji Azuan mahu meminjamkan baju untuknya. "Apa syaratnya?"
"Malam esok temankan abang tengok bola kat kedai mamak corner. Ada game Arsenal lawan Manchester City. Abang tak ada genglah. Nuar asyik busy memanjang aje. Kerap sangat berkurung dalam bilik. Bila ditanya, dia buat muka blur dia aje."
Ingatkan syarat apa tadi? Temankan tengok bola saja. No hal punyalah. Sudahlah dia pun kaki bola jugak!
Bab pergi dating dengan Syakir saja yang jadi masalah besar baginya. Lebih besar dari masalah negara.
Kalau pasal Abang Anuar, rasa-rasanya Azyan pun tahu. Biasalah… kes dengan perempuan psycho tu. Abang Anuar sedang berusaha keras mengelakkan diri daripada teman sekuliahnya itu. Ganbatte Abang Nuar! Ganbatte Akak Dira!
He he he… nama perempuan psycho tu Dira atau nama penuhnya Nadira binti Dihrran. Azyan sudah risik pasal Kak Dira dengan Salwa. Siap buat interview lagi.
Sebenarnya Kak Dira tu okey saja. Baik dan peramah. Abang Anuar saja yang lebih-lebih. Takut dengan perempuanlah tu! Habis tu, dia ni bukan perempuan ke? Boleh pula abangnya itu menjawab begini, "kau lain, Yan. Kau dengan dia jauh berbeza."
Berbeza apanya pula? Dia perempuan dan Kak Dira itu pun perempuan juga. Hurm… entahlah!
Argh! Aku ni lagi parah daripada Abang Nuar. Esok kena keluar dengan lahabau tu. Silap besar sebab bertaruh dengan Salwa tempoh hari. Sesungguhnya Muhammad Syakir adalah bekas pemain bola sepak peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. Hanya aku yang sengaja tidak mahu menerima hakikat itu. Berlagak! Apa saja tentang Syakir memang aku tak mahu ambil tahu. Benci sangat! Rasa nak santau saja Syakir dengan santau angin. Tak pun bagi ubat guna-guna agar Syakir melutut di kaki aku.
Sampai macam itu sekali pemikiran kau, Azyan oi. Eloklah tu, buat benda-benda khurafat. Berdosa besar tu!

0 comments:
Post a Comment