Coke And Sundae 10
BAB 10
"KAK NANI, mana cicak kobeng ‘kesayangan’ Kak Nani tu?"
Kepala Azyan terpacul di muka pintu bilik kelab teater.
Nani yang sedang menyusun pakaian di dalam beg galasnya mengurut dada. Azyan sebiji macam Syakir. Suka muncul dengan cara mengejut. Dahlah kepala saja yang terpacul dulu, kemudian baru nampak badan. "Tak bagi salam, kau main sergah akak aje, Yan. Kau nak bagi akak lemah jantung ye?"
"Aik! Kena sergah sikit dah kena penyakit orang kaya tu. Mana akak dapat info tak munasabah tu? Kat sini kan ada bakal doktor, kenapa tak rujuk kat dia dulu, kak?"
Azyan ketawa. Dia merapati Nani. "Cicak kobeng tu mana?"
"Itu ha…."
Jari telunjuk Nani dihala pada sofa panjang yang terletak pada sudut dinding bilik kelab tersebut.
Mata Azyan mengikut pergerakan jari Nani. Sekujur tubuh terbaring lesu di atas sofa tersebut. Matanya terpejam rapat. Siapa lagi kalau bukan Syakir! Wajah Syakir tampak tenang bila tidur. Tiada aura gelap yang menyelubungi bila dia lena begini.
"Dia tu keletihan. Kelam-kabut dia bila kau tak sampai tadi. Bergegas dia keluar mencari kau merata tempat. Dia risaukan kau."
"Cicak kobeng ni risaukan saya? Kak Nani buat lawak tak kelakar langsung."
Azyan ketawa kecil. Dalam hati, berdebar-debar! Tak tahu kenapa perasaan ini mula lain macam dengan Syakir.
"Betullah. Akak tak tipu, Yan. Kau tau, kaw-kaw Emelda kena marah dengan Syakir. Tak sangka Emelda aniaya kau. Merayu-rayu kucing miang tu minta maaf dengan Syakir. Tapi nasiblah… Syakir tu bukan senang nak dipujuk rayu orangnya. Kau tau, dia tak nak tengok lagi muka Emelda dalam kelab teater ni! Dihalaunya Si Emelda tu."
Bersungguh-sungguh Nani bercerita dengan Azyan.
"Ish! Kejam betul. Saya tak kisah sangat pasal Emelda aniaya saya, kak. Tak simpan dalam hati pun. Tak perlulah buang dia dari kelab teater ni. Lagipun kan ke dia dah lama join kelab ni? Saya ni orang baru. Saya bukan minat sangat dengan teater ni. Saya join kelab ni pun pasal kena ugut dengan cicak kobeng tu," sahut Azyan sambil mengerling ke arah Syakir yang masih terlena.
"He he he… tapi lakonan kau tadi hebat gila, Yan. Kau lagi hebat daripada Emelda tu. Kau ada bakat. Kalau dikembangkan, bukan setakat jadi pelakon teater tapi kau boleh jadi pelakon filem. Itu pasal kita boleh menang."
"Tak berminatlah, kak. Saya tak suka kerja glamor ni. Tak bestlah jadi orang glamor. Cerita luar dan dalam kain semua orang nak tau. Takde privacy. Bukan macam si cicak kobeng tu… memang dah glamor. Muka pun dah pernah keluar televisyen katakan. Peminat keliling."
"Betul jugak tu. Kau tak nak try ke isi kekosongan di hati Syakir?"
Terangkat-angkat kening Nani. Saja nak uji isi hati Azyan. Manalah tahu kut-kut Azyan ada hati sikit pada Syakir.
"Orang handsome gitu, awek mesti dah ada keliling pinggang. Lagipun saya tak berminatlah jadi salah seorang dalam senarai awek dia."
Azyan menjuihkan bibir. Buruk rupanya. Tapi Azyan tak kisah kalau memburukkan rupa jika nama Syakir disebut.
"Akak satu jurusan dengan Syakir… akak tahulah siapa dia, Yan. Seorang awek pun takde yang berkenan di hati dia. Yang datang memang berduyun dan yang lari pun berduyun-duyun, tak tahan dengan mulut laser dia," cerita Nani sambil ketawa kecil.
"Yelah tu. Entah-entah awek dia ada kat merata-rata tempat kat dalam dunia ni. Dahlah perasan. Dia ingat muka dia dah masuk televisyen, dah masuk majalah boleh buat kita ternganga dengan dia. Tak hinginlah kita nak terkejar-kejarkan dia. Mulut dahlah suka fire orang. Diktator pulak tu."
Selamba saja Azyan mengutuk Syakir. Ala… bukan mamat tu dengar pun. Kalau dah penat, mesti dia tidur mati punyalah.
"Amboi! Cakap langsung tak bertapis. Jaga-jaga, takut si cicak kobeng tu tidur-tidur ayam aje, Yan."
Nani menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
Azyan tersengih.
"Dah lewat ni. Akak nak beransur. Jom kita balik, Yan. Opi dengan Midi ada dalam bilik stor, tengah susun barang. Biarlah mereka yang kejutkan Syakir nanti."
"Orait."
Sebelum keluar, Azyan sempat sekali lagi mengerling Syakir dengan ekor matanya. Dia mengulum senyum. Tak tahu kenapa dia boleh tersenyum pula bila melihat Syakir.
"Kalau kau boleh bagi senyuman manis kau kat aku macam tu hari-hari, kan bagus? Ini tidak... menyinga (marah) aje tahunya."
Suara Syakir mengejutkan Azyan dan Nani.
Syakir yang disangka sedang tidur lena itu membuka matanya perlahan-lahan.
Ingatkan tidur tak sedar diri tadi. Betul kata Nani, Syakir tidur-tidur ayam. Nasiblah kalau dia dengar aku kutuk dia. Ala… nak takut apa pada mamat ni? Dia tak akan berani apa-apakan aku, punya. Nak jadi kes naya ke dikerjakan oleh dua orang abang kesayangan aku tu? Jangan memain (main-main) dengan Azuan dan Anuar.
"Jangan kau nak perasanlah, Encik Syakir oi."
"Aku bukan perasan, tapi aku terperasan. Sedap betul mulut kau kutuk aku di belakang ye, Yan. Macam-macam ‘rencah’ kau taruh bila ‘memasak’."
"Setakat rencah kari cap Alagapas tu, tak ke mananya. Kalau nak rencah yang lebih sedap, aku boleh tanyakan pada Muthu Samy kat mamak corner tu. Bukan rencah cetak rompak tau, yang original. Kari dia paling kaw-kaw." Azyan membalas.
Nani menggelengkan kepala bila melihat Azyan dan Syakir bertegang urat.
"Ha ha ha.…"
Syakir ketawa besar. "Cakap aje la kau jealous dengan kehenseman aku yang meruntun jiwa awek-awek kat kampus ini."
"Dengar pantun dua kerat dari Nur Azyan Idris ni. Kak Senah pergi menarah. Pooorahhh!"
Makin besar tawa Syakir memecah keheningan dalam bilik teater itu. Sepanas-panas Azyan, kalau dia buat kelakar mahu pecah perut dibuatnya!
AZYAN memuncung tatkala menerima kehadiran Syakir sebagai tetamu di rumahnya pada malam itu. Entah apa niat mamat seorang ini bertandang ke rumahnya. Tengok muka Syakir yang tersengih-sengih itu membuatkan Azyan rasa meluat hingga tak terkata. Azyan berlalu menuju ke dapur. Itu pun setelah diarahkan oleh Azuan untuk membancuh air. Tetamu bertandang, mestilah kena sediakan minuman, kan? Takkan mahu dihidangkan dangan air liur saja.
Malas-malas Azyan menjerang air di dapur. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Anuar yang sibuk menyusun biskut di atas piring. Bukan dia tak kenal dengan sikap anti Azyan pada Syakir. Entah bilalah mereka boleh berdamai. Dua-dua tidak mahu kalah kalau bertekak.
"Banyaknya kau taruh kopi, Yan."
Bulat mata Anuar melihat serbuk kopi yang dibubuh oleh Azyan ke dalam teko.
Azyan tersengih dengan teguran abangnya itu. Sudahlah bubuh lapan sudu besar serbuk kopi, Azyan tidak bubuh sedikit gula pun dalam kopinya.
Berkerut seribu dahi Anuar. Ada saja motif adiknya seorang ini.
"Kenapa tak taruh racun tikus sekali? Sedap sikit kopi kau tu," usul Anuar.
"Nanti mati pulak anak orang. Yan tak nak tanggung."
"Habis tu, yang kau buat kopi pekat nak mampus ni dah hilang akal ke?" marah Anuar.
"Kalau Yan hilang akal… Yan tak duduk sinilah, Abang Nuar. Yan duduk kat Tanjung Rambutan tu."
Selamba sahaja tutur kata Azyan. Senyumnya kian meleret.
"Kau memang sengaja cari nahaslah, Yan. Syakir tu tak teruk mana pun. Kau saja yang anti sangat pada dia."
Anuar merampas botol kopi dari tangan Azyan. "Tapi kalau sekali-sekala kenakan orang apa salahnya, kan?"
Lima sudu besar serbuk kopi ditambah lagi ke dalam teko.
Terbeliak biji mata Azyan. "He he he… abang pun otak jahat juga."
Sesudah menyiapkan ‘air terlebih istimewa’ itu, Azyan menatang dulang ke ruang tamu. Penuh dengan sopan santun dia menuangkan air ke dalam cawan. Namun dalam hati, Azyan ketawa berdekah-dekah. Tidak sabar mahu melihat wajah Syakir selepas ini.
Hairan Syakir melihat tingkah-laku Azyan yang lembut. Ini mesti ada udang di sebalik batu. Azyan ni bukan boleh percaya sangat. Ada saja agenda tersembunyinya.
"Jemputlah minum. Aku buat kopi special untuk kau," pelawa Azyan dengan suara yang lembut.
Berdegup kencang jantung Syakir dengar suara lembut Azyan. Pertama kali Azyan bercakap begitu lemah lembut dengan dia.
"Ada apa-apa ke ni?" soal Syakir.
"Biasalah… kalau tetamu datang rumah aku, mestilah aku layan baik-baik. Takkan aku nak menghalau pulak. Apa kau ingat aku bubuh racun dalam minuman kau?" duga Azyan.
"Kau tu kalau baik selalunya ada makna, Yan. Abang bukannya percaya sangat dengan kau ni," sampuk Azuan.
"Apalah abang ni? Dengan adik sendiri pun tak percaya."
Azyan cebik bibir.
"Macam mana abang nak percaya? Kau selalu buat perangai gila kau tu. Bukan abang tak tahu perangai kau, Yan," kata Azuan dengan selamba.
"Huh! Malaslah nak bertekak dengan abang ni. Bazirkan air liur Yan aje."
Azyan bingkas bangun meninggalkan Azuan dan Syakir di ruang tamu. Dia tidak terus masuk ke biliknya di tingkat atas, sebaliknya dia menyorok di sebalik pintu dapur.
Anuar berada di belakang Azyan. Teringin untuk melihat Syakir menelan kopi ‘special’ adunan sejati mereka itu.
"So, apa fikiran kau tentang posisi kau tu? Kau setuju tak, Kir?" Azuan menyambung semula perbualan yang tergantung.
Syakir mengusap dagu. Tidak sampai hati pula ingin menolak permintaan Azuan. Seharian Azuan mencari dia di kolej semata-mata ingin meminta bantuannya.
"Kau pun tahu aku main bola sepak sekadar suka-suka aje. Aku dah lama tak main secara serius sejak aku tinggalkan sekolah. Aku tak tahu sama ada skill permainan aku masih power macam dulu atau tak," ujarnya.
Itu kenyataannya. Syakir tidak mahu Azuan menaruh harapan yang tinggi kepadanya, walaupun dia pernah menjadi pemain terbaik antara sekolah-sekolah.
"Aku tak kisah. Janji pasukan aku lengkap untuk menyertai perlawanan tu. Kalah atau memang, lain kira. Aku main bola sepak bukan semata-mata mahu menang. Aku mahukan kepuasan bermain satu pasukan."
"Kalau kau dah cakap macam tu, rasanya takde masalah bagi aku menggantikan tempat ahli pasukan kau yang sakit tu."
"Thanks. Kau memang kawan yang boleh aku harapkan."
Azuan menepuk-nepuk lembut bahu Syakir. Selesai satu masalah. "Kau tak nak cuba kopi special yang Yan buat untuk kau tu?"
Terangkat-angkat kening Azuan.
"Kau rasa dia bubuh racun tak?" tanya Syakir.
"Mengarut betul kau ni, Kir. Tapi kalau dia bubuh minyak dagu, aku percaya. Mana tahu dia dah jatuh hati pada kau. Habislah kau..." canda Azuan seraya ketawa kecil.
"Kalau Yan yang calit aku… aku tak kisah. Lagi aku suka!" balas Syakir dengan ketawa besarnya.
Meluat Azyan mendengar tawa Syakir. Perasan betul mamat seekor ni. Tak kuasa aku nak calit-calit kau! Dari aku calit kau, balik aku calit Mr. Henry - pensyarah kacukan Inggeris-India tu.
Kih… kih.. kih… mahu terbeliak biji mata budak-budak perempuan kat kolej kalau aku couple dengan Mr. Henry. Sudahlah handsome, baik hati pula tu. Perempuan mana tak cair? Kalau aku ni jenis pompuan yang gatal merenyam, dah lama dah aku tackle Mr. Henry tu. Biar Syakir berbulu tengok aku berpasangan dengan Mr. Henry.
Bibir Azyan menguntum senyuman melihat Syakir mengangkat cawannya. Tidak sabar dia menanti Syakir meneguk minuman itu. Itulah saat yang ditunggu oleh Azyan dan Anuar.
Perlahan-lahan Syakir menghirup minumannya setelah mengucapkan bismillah di dalam hati. Wajah Syakir berubah serta-merta. Tersembur air kopi itu dari mulutnya. Dia terbatuk-batuk sambil memegang lehernya.
Lahabau! Tak guna punya, Azan. Kopi ‘special’ konon. Entah berapa sudu sebuk kopi yang Azyan letak agaknya. Pahit nak mampus! Mahu hitam giginya yang putih itu.
Syakir tidak berani buka mulut. Dia memandang Azuan sambil mengetapkan bibirnya.
Azuan merengus kasar.
Syakir menekup mulut, menahan tawa dari meletus. Apa tidaknya? Hitam muka Azuan dengan air kopi yang tersembur dari mulutnya.
Azuan bingkas bangun. Dia tahu siapa yang empunya angkara kalau bukan Azyan!
Azyan dan Anuar sudah pecah ketawa. Tidak tahan melihat gelagat Syakir menelan kopi ‘special’ yang dibuatnya itu. Namun gelak tawa mereka hanya seketika. Azyan dan Anuar rasa tidak sedap hati. Kedua-duanya berpaling ke belakang. Dilihat wajah Azuan menyeringai dengan senyuman yang cukup mengerikan.
"Bala dah datang!" Jerit Azyan sebelum bertempiaran lari bersama Anuar.

0 comments:
Post a Comment