Coke And Sundae 15
BAB 15
SYAKIR menekup mulutnya. Dia tidak boleh nak tahan tawanya dari meletus. Berdekah-dekah dia ketawa sambil memukul meja di McDonald’s itu.
Azyan mencebik. Apa yang lucu sangat dengan Syakir ni? Macamlah aku tak tau kau sedang ketawakan fesyen pakaian aku ni. Ceh! Macam la kau tu macho sangat dengan gaya santai kau tu. Suka hati akulah nak berpakaian macam mana pun. Apa kau ingat aku nak melaram, pakai cantik-cantik bila nak keluar dengan kau? Kirim salam awal-awal! Tak kuasa aku nak bergaya semata-mata nak keluar dengan kau! Lagipun aku tak mahu ada teman sekolej yang mengenali aku. Terutama sekali, peminat fanatik kau tu. Masak aku nanti!
Siapa yang tak ketawa tengok cara Azyan berpakaian? Badan kurus tapi pakai baju besar gedabak! Siap pakai cap dengan cermin mata hitam besar lagi. Rasa macam berdating dengan budak pengkid pun ada. Paling Syakir tak boleh tahan, Azyan bubuh kumis palsu atas bibir dia! Ada ke patut? Masa keluar dating dengan Haziq, punyalah Azyan bergaya sakan. Dengan dia… hancus! Bedak pun tak bertampal kat muka. Yang ada cuma lip balm kat bibir Azyan. Tak kisahlah. Dia lagi suka Azyan yang natural tanpa sebarang make-up di muka.
"Buanglah kumis kau tu! Geli aku menengoknya," suara Syakir.
Selamba saja dia tarik kumis palsu atas bibir Azyan hingga menyeringai Azyan dibuatnya. Lepas itu dia tarik cap atas kepala Azyan. Terurai rambut panjangnya yang tidak berikat itu. Syakir tersengih. Dia lagi suka kalau identiti Azyan terdedah. Heboh satu kolej pun tak mengapa. Lagi-lagi pada Mr. Henry yang dok mengurat Azyan tu!
Bengkek Azyan dengan perbuatan spontan Syakir. Mahu saja dia bagi flying kick pada muka mamat perasan handsome itu. Flying kick tau, bukan flying kiss! Dia rebut balik cap pada tangan Syakir. Tak dapat! Syakir siap jelirkan lidah mengejek dia. Panas betul hati Azyan. Azyan pun capai cawan berisi air Coke itu lalu disimbah pada muka Syakir. Ambik kau! Tawa Azyan meletus.
Syakir membeliakkan biji matanya. Habis basah baju kemeja dan t-shirt Adidasnya. Tak boleh jadi ni! Syakir capai pula ice-cream sundaenya lalu dituangkan atas kepala Azyan.
Azyan tergamam.
Syakir tersengih. Padan muka kau!
Mereka saling bertentangan mata. Dua-dua tidak mahu mengaku kalah. Maka timbullah impak arus elektrik di mata masing-masing macam cerita dalam televisyen tu.
"Mama!"
Satu suara di belakang mengejutkan Azyan. Terasa ada tangan memegang bajunya. Azyan berpaling ke belakang. Seorang kanak-kanak perempuan yang comel tersenyum manis kepadanya. Usia kanak-kanak itu dalam lingkungan lima atau enam tahun. Eh, anak siapa pulak ni?
"Eh! Anak papa dah sampai rupanya. Ingatkan Anis sesat tadi. Risau papa," kata Syakir lantas kanak-kanak itu ditarik ke dalam pangkuannya.
Kata-kata Syakir mengejutkan Azyan. Bila masa pula Syakir menikah? Kalau dia menikah pun bukan urusan aku. Agaknya kena tangkap basah la tu. Mamat seorang ni bukan boleh percaya sangat.
Azyan pandang muka kanak-kanak perempuan itu. Tidak ada iras langsung dengan Syakir. Mungkin ada iras dengan isteri Syakir kut. Tapi, siapa pula isteri si lahabau ni? Azyan memang tak pernah berbaik sangka dengan Syakir.
"Mama dengan papa gaduh lagi ya," ujar si kecil itu.
"Biasalah mama tu, sayang. Asyik datang period aje," sahut Syakir. Senyumannya kian meleret. Dia pandang wajah Azyan yang mula membahang.
"Bila masa pulak aku ada anak dengan kau?!"
Azyan melenting. Siap hentak tangan atas meja lagi.
Semua mata terarah kepada mereka.
"Apa pandang-pandang?!" tengking Azyan.
Semua pelanggan dalam McDonald’s itu segera mengalih pandang. Garang macam singa. Kecut perut dibuatnya.
"Tak baik marah-marah. Nanti muka awak cepat berkedut macam nenek kebayan. Tengok… Anis pun dah gerun tengok awak."
Manjanya tutur kata Syakir. Macam seorang suami memujuk isterinya.
"Otak kau!" marah Azyan sambil menjegilkan biji matanya.
Anis pantas memeluk Syakir. Takut betul dia melihat muka Azyan yang sudah berubah menjadi raksasa itu.
Syakir ketawa kecil. Anis sebenarnya anak sepupu dia. Anak kakak Haziq. Sengaja Syakir pinjam Anis untuk mengenakan Azyan. Anis pula, mahu saja kalau sudah diumpan dengan coklat Kit Kat kegemaran dia. Lebih mudah dia jinakkan Anis daripada jinakkan gorilla tu.
"Papa… mama jeling Anis. Anis takutlah."
Petah betul Anis bercakap. Ini mesti Syakir yang mengajar budak kecil itu.
Azyan mendengus perlahan. Tak patut dia marahkan Anis. Anis bukan buat salah apa-apa pun. Siaplah kau, Syakir. Akan kupatahkan tulang rusuk kau nanti!
"Cubalah maniskan sikit muka awak tu, sayang. Tak baik buat muka cemberut depan budak-budak, tau."
Sayang? Syakir panggil aku sayang? Uwek! Nak termuntah aku mendengarnya. Gelinya! Azyan memegang lehernya.
Gelagat Azyan itu melebarkan lagi senyuman di bibir Syakir. "Ehem… ehem…."
Syakir buat isyarat nakalnya. Tangannya sengaja mengusap-usap perutnya. "Tak lama lagi Anis akan dapat adik."
Sengaja dia kuatkan suaranya, biar semua orang dengar, biar Azyan malu! Kah kah kah!
Anis ketawa kecil.
Berasap muka Azyan. Tahap kesabarannya sudah menghilang entah ke mana. Nafasnya turun naik. Azyan tersengih jahat.
Dush!
Sebiji penumbuk lekat di muka Syakir!
SYAKIR meraba-raba pipinya yang perit akibat penangan penumbuk Azyan. Mujur saja tidak meninggalkan kesan lebam yang ketara. Dia merenung Azyan yang sedang memimpin tangan Anis. Setelah makan, mereka menaiki PUTRA LRT ke KLCC. Anis yang beria-ia mahu ke sana. Tak sampai hati pula mahu mengecewakan permintaan budak kecil itu. Syakir pinta untuk berhenti seketika. Dia ingin ke surau untuk bersolat zohor. Bila ditanya pada Azyan….
"Aku off day."
Itu jawapan yang Azyan berikan. Patutlah berangin semacam aje Si Azyan tu. Datang bulan rupa-rupanya!
Azyan duduk di kerusi rehat bersama Anis sambil menunggu Syakir. Dia menongkat dagu. Rasa melampau pula dia tumbuk muka Syakir di McDonald’s tadi. Tapi siapa suruh Syakir naikkan darah dia? Azyan menggigit bibir. Kalau Syakir buat perangai sewelnya lagi, mahu patah-riuk dia kerjakan macam budak bernama Fadhil tu. Jangan main-main Syakir!
"Comel anak awak ni."
Seorang lelaki entah dari mana datangnya mengusap-usap rambut Anis. Dia melemparkan senyuman kepada Azyan.
Azyan buat muka bengang. Ingat budak Anis ni anak aku ke? Tolonglah! Aku baru dua puluh tahun. Rupa aku ada rupa mak budak ke?
"Bukan anak saya, tapi anak orang!" balas Azyan.
Mak oiii! Kasarnya bahasa minah ni.
"Oh! Saya ingatkan anak awak tadi. Rupa-rupanya anak orang. Sorry…" ucapnya lembut.
Sempat dia tenung wajah cemberut Azyan. Cantik gadis itu. Comel! Dia puji Azyan di dalam hati.
Azyan merengus. Mana pulak Syakir ni? Dah dekat dua puluh minit dia dan Anis menunggu. Mesti mamat ni melencong ke tempat lain. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
"Emmm... boleh berkenalan? Saya Zekri."
Lelaki itu menghulurkan tangannya pada Azyan.
Azyan angkat kepala. Apa hal pula dengan mamat ni? Tiba-tiba nak berkenalan dengan dia. Gila ke apa? Tapi boleh tahan juga mamat ni. Macho dan nampak cool.
"Apa nak kenal-kenal? Jangan nak jual minyak ‘urat’ dengan saya! Saya tak nak beli!" balas Azyan. Dia menarik tangan Anis, ingin beredar tapi dihadang oleh lelaki itu.
Zekri ketawa. Garang tapi makin comel bila dia marah. Itu yang dia suka. Apa lagi, inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan dia sebagai playboy terhormat. Dia tidak akan melepaskan gadis ayu ini pergi sebelum dia dapat mengetahui namanya.
"Apa halang-halang jalan orang ni?!" Azyan sudah melenting.
Anis mencebik. Dia tidak suka dengan Zekri. Anis menyorok di belakang Azyan.
"Saya tidak akan benarkan saudari pergi selagi saudari yang manis ini tak beritahu nama dan phone number saudari."
Terangkat-angkat kening Zekri.
"Awak ni tak faham bahasa Melayu ke? Saya dah cakap yang saja tak mahu minyak ‘urat’ awak tu. Atau awak nak saya cakap bahasa Tamil?!"
Meletus tawa Zekri mendengarkan kata-kata Azyan. Gadis ini memang lain daripada yang lain. Macam ni, barulah mencabar! Dia sama sekali tidak akan melepaskan Azyan.
"Jangan kau berani nak kacau girlfriend aku, Zek!"
Suara hero kita dah bergema.
Syakir sudah berdiri tegak di sebelah Azyan. Bahu gadis itu dipautnya.
Berdebar-debar hati Azyan. Ini yang tak best ni. Syakir suka berikan dia perasaan yang tidak selesalah.
"Oh! Minah ni girlfriend kaulah, Syakir. Menarik!" ucap Zekri sambil melirikkan matanya pada Azyan.
Berkerut dahi Azyan. Bila masa pulak dia jadi kekasih Syakir? Pandai-pandai saja Syakir buat cerita.
"Aku kenal sangat dengan kau ni, playboy! Pantang nampak perempuan lawa sikit mulalah jarum kau berjalan. Tak kiralah yang dah berpunya atau belum semua kau nak kebas. So, aku nak kasi warning dengan kau, buaya! Jangan sesekali kau cuba dekat dengan girlfriend aku ini. Nahas kau aku kerjakan!"
Syakir dengan tegasnya memberi amaran.
Wajah serius Syakir yang ini mengejutkan Azyan. Tidak pernah dia lihat Syakir serius macam ni. Tampak bergaya! Lebih hebat daripada model Dashing!
"Well… kau perlu berhati-hati dengan aku lepas ni, Kir."
Zekri menghalakan jari telunjuknya pada muka Azyan. "Dia target aku seterusnya."
Zekri kenyitkan mata pada Azyan.
Uwek! Seorang lagi mamat yang meloyakan tekak Azyan. Lagi hampeh daripada Syakir. Spesies Mat Romeo pulak tu, lagilah aku tidak berkenan.
"Mari Yan!"
Syakir menarik tangan Azyan.
Azyan menarik tangan Anis. Sudah jadi macam satu keluarga pula. Azyan terpaksa menurut langkah Syakir. Lagipun sungguh kuat cengkaman Syakir pada pergelangan tangannya.
Mulut Syakit pula membebel entah apa entah. Azyan sendiri tidak dapat menangkap apa yang diomelkan oleh Syakir. Mungkin pasal Zekri tadi kut.
Syakir melepaskan tangan Azyan sebaik saja mereka tiba di Cheras.
Monyok muka Azyan. Geram pun ada dengan Syakir. Pegang tangan dia lama-lama buat apa? Malu siot! Semua orang dalam tren tadi pandang mereka semacam aje.
Syakir dan Anis pula boleh buat muka selamba. Malah Anis juga dengan selambanya memanggil dia mama. Syakir pula hanya tersengih-sengih macam kerang busuk!
"Yan…." Syakir memanggil lembut.
Ayzan menoleh ke arah Syakir.
"Betul ke kau boleh balik sendiri? Kau nak aku hantarkan sampai rumah tak?"
"Kau ingat aku ni kanak-kanak Ribena ke? Aku boleh balik sendirilah," desis Azyan.
Tak teringin langsung dia nak membonceng Cagiva milik Syakir. Minta maaf banyak-banyak! Dia sudah menelefon Azuan yang akan menjemputnya di stesen STAR itu.
"Hati-hati, Yan."
"Emmm."
"Emmm, aje?"
"Habis tu, kau nak apa?"
"Kiss!"
Satu lagi penumbuk hinggap kat muka handsome Syakir!
Anis menekup mulut. Tertawa kecil dia.
SAMPAI saja di rumah, Syamil terus menyerbu ke arah Syakir. Hairan tengok muka Syakir bertampal di pipi kanan. Apa sudah jadi? Takkan pergi dating sampai bertampal pipi pula? Ganas betul!
Syakir bersandar di sofa, melepaskan keluhan berat. Bukan pasal Azyan belasah dia tapi pasal Mat Romeo yang sudah muncul semula itu. Terbantut dia nak jalan-jalan bersama Azyan hari ini. Ingatkan dah mampus. Rupa-rupanya masih bernyawa lagi budak Zekri itu atau nama penuhnya, Ahmad Zekri bin Dato’ Ariffin. Cis! Ada pesaing lagi nampaknya selepas Haziq. Itu sebab dia lebih suka kalau Azyan jadi budak nerd macam dulu. Tiada seorang lelaki pun mahu dekat. Bunga cun, kumbang mana tak mahu hinggap?
Syakir meramas-ramas kepalanya. Kalau Zekri sudah muncul maka masalah akan tiba. Dia rasa Zekri sudah tamat pengajian dan menguruskan syarikat ayahnya. Lebih baik dia bertanya pada Nani. Kan ke Nani ex-girlfriend Zekri.
Alamak! Lupa pula yang Nani memang allergic bila dengar nama Zekri, bapak segala buaya itu.
Tidak pun tanya pada Emelda. Emelda… lagi menggatal pula kucing seekor itu bila nampak dia.
Vanidah? Vee pun sama gatal macam Emelda.
Mungkin Yaya boleh membantu dia sebab Yaya adalah bekas teman wanita terakhir dalam senarai Zekri.
Esok dia akan cari Yaya. Itu pun kalau Yaya sudi nak bertemu dengan dia setelah dia menolak cinta Yaya semasa di semester dua dulu.
Zekri, bukan kau seorang saja dikelilingi perempuan tau! Bezanya aku bukan spesies buaya macam kau!
"Apa dah jadi, along?" Syamil tanpa berlengah lagi terus menyoal.
"Berjalan dengan lancar."
"Kalau berjalan dengan lancar, pipi along tu tak bertampal! Kena belasah dengan Kak Yan, ya?"
"Ini tandanya Kak Yan tu sayang pada along."
"Ingat Syam bengap sangat ke along? Kalau Kak Yan sayang along, tak adalah dia bagi flying kiss sampai bertampal gitu."
Syamil menekan pipi kanan Syakir. Menyeringai abang kesayangannya itu.
"Nanti kalau abah dengan mak tanya, nak jawab apa ni?"
"Apa susahnya? Cakap saja pergi main kick boxing dengan Rizlan."
"Yelah tu. Sebenarnya main kick boxing dengan Kak Azyan."
Sinis dan pedih kata-kata Syamil itu. Apa boleh buat? Sudah itu kenyataannya.
Syakir bingkas bangun. Dia masih belum menunaikan solat asar. Kewajipan pada Tuhan harus diutamakan, macam kata abah. Dia jeling ke arah Syamil.
Jelingan Syakir membuatkan Syamil faham. Terkocoh-kocoh Syamil menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Di rumah kalau tidak berjemaah dengan abah dengan mak, Syamil akan berjemaah dengan abangnya.

0 comments:
Post a Comment