Coke And Sundae 16
BAB 16
AZYAN memuncung melihat Syakir yang duduk di sebelah abangnya itu. Apesal Abang Azuan boleh ajak Syakir join mereka tengok bola kat mamak corner?
Hilang terus selera Azyan. Dahlah siang tadi dia nampak muka Syakir, malam pun ada lagi muka Si Syakir ni. Yang hairannya Haziq si lembik tu pun dijemput sekali. Tiga lelaki, satu perempuan. Ada ke patut? Tak patut betul! Kalau dia tahu, mesti dia dah ajak Salwa temankan dia.
Azyan menongkat dagu sambil bermain-main dengan straw di tangannya. Air Coke dalam gelas sederhana besar itu hanya dihirup sedikit.
Haziq dari tadi tidak lepas pandang melihat raut wajah yang putih bersih itu. Rindu benar pada Azyan. Nak tegur, takut. Azyan mesti marah lagi pada dia. Haziq alih pandang pada Syakir pula. Nak tahu juga kenapa pipi kanan Syakir bertampal. Setahu dia Syakir tidak pernah dicederakan oleh sesiapa kecuali… faham-faham sajalah siapa orangnya.
Syakir pun duduk menopang tangan di dagu. Mula-mula dia ajak Syamil tapi Haziq pula yang beria-ia nak ikut. Cikgu Ilyas pun memang melarang Syamil join tengok bola. Alasan kukuhnya, esok Syamil kena bangun pagi untuk ke sekolah. Syamil pula jenis memang liat nak bangun pagi. Lainlah dia. Lewat macam mana pun tidur apatah lagi selepas tengok bola, dia mesti bangun pukul lima setengah pagi. Calon menantu yang paling tepat buat Encik Idris. Syakir mula perasan sendiri. Macamlah dia tersenarai dalam calon senarai suami Azyan.
"Apa ni? Game slowlah," desis Azyan.
"Sabarlah… baru masa pertama ni."
"Entah! Tak sabar-sabar si gorilla ni," sampuk Syakir.
Sepantas kilat Azyan mengerling tajam ke arah mulut yang bersuara itu. Cukup tak berkenan betul dengan suara yang menyampuk itu!
Kerlingan Azyan yang maha tajam itu membuatkan Haziq ketar lutut. Azyan kalau dah marah, amat menakutkan!
"Aku cukup benci dengar suara orang yang suka menyibuk tu!" Azyan tidak betah duduk kalau Syakir ada bersama. Kalau Haziq, boleh jugalah dimaafkan lagi.
"Aku datang bukan menyibuk, tapi dijemput tau tak. Amboi! Lepas keluar dating siang tadi terus bertukar jadi gorilla balik," balas Syakir.
Azuan dan Haziq terpinga-pinga. Azyan keluar bersama Syakir? Mengapa mereka boleh tak tahu pulak? Pandai betul budak dua orang ini berahsia, ya.
"Eleh! Kalau bukan sebab aku bertaruh pasal perlawanan bola, jangan harap aku nak keluar dengan kaulah! Aku lagi suka keluar dengan Abang Ravi ke dengan Muthu Samy ke, tau tak!"
Bukan perlawanan bola yang memanaskan suasana tapi perang mulut di antara Azyan dengan Syakir yang lebih panas.
"Sikit-sikit Abang Ravi! Sikit-sikit Muthu Samy. Macam takde nama orang lain yang nak disebut," cemuh Syakir dengan menjuihkan bibirnya.
"Kau peduli apa?!"
Azuan gelengkan kepala. Coke kalau dah bertemu dengan sundae, beginilah jadinya. Mengalahkan kucing dan anjing!
"Aku tak tahu pula kau dating dengan adik aku, Kir. Berani ya kau sorok-sorok dari aku." Azuan memaut leher Syakir.
"Stupid!" ujar Azyan.
Itulah temu janji yang paling bodoh dalam sejarah hidup dia. Temu janji dengan Syakir! Lepas ini, taubat nak keluar dengan lelaki itu lagi.
"Yan..." panggil Haziq lembut. Dia tersenyum meleret.
Azyan alih pandang. Dia mengorak senyuman nipis. Lama tidak tengok muka Haziq setelah dia menolak cinta Haziq mentah-mentah. Dia menolak bukan pasal Haziq lemah tapi atas sebab-sebab yang dia saja yang tahu. Malu jugak mahu bertemu dua mata dengan Haziq setelah apa yang berlaku pada mereka sebelum ini.
Haziq masih menaruh harapan lagi tak? Menaruh Harapan macam lagu Zaiton Sameon itu. Popular lagu tu dulu. Pernah menjadi johan dalam pertandingan Juara Lagu tahun bila ek? Tak ingat la pulak. He he he! Dah lama la tu maknanya….
"Awak sihat, Yan?"
Apa punya soalan bodohlah Si Haziq ni tanya kat aku. Kalau dah nampak aku berdiri depan mata kau, mestilah aku sihat walafiat!
"Sihat aje."
Jawab sajalah soalan bodoh Haziq tu. Kang tak jawab kang, merajuk pula. Haziq ni sensitif sikit. Hati-hati kalau dapat lelaki yang sensitif. Kalau merajuk susah nak pujuk. Mujur saja Azyan tidak sempat lagi nak bercouple dengan Haziq. Kalau tidak, mati Haziq dia kerjakan. Dia bukan boleh tengok lelaki suka merajuk ni. Gelilah! Tak gentleman langsung.
"Kalau dah ada depan mata kau, mestilah dia sihat. Apa punya ngoklah soalan kau Ziq!"
Suka-suka hati Syakir mengetuk kepala Haziq. Garang kemain.
Kesian pula Azyan tengok Haziq dibuli oleh Syakir. Kan ke Haziq bekas teman lelaki tak jadi Azyan.
"Teruklah kau ni. Tak baik ketuk kepala dia!"
"Bela nampak!"
Syakir mengetap bibir.
Azyan menjeling tajam, antara marah dan meluat la tu!
Sebelum kerusi kat mamak corner tu berterbangan, Azuan segera menarik tocang rambut Azyan.
Terjerit Azyan dibuatnya. Azyan tunjuk muka protes! Ini tidak adil!
"Jangan nak tunjuk muka tak puas hati kat abang. Kalau tak, abang report pada ayah." Azuan bercekak pinggang.
Azyan mencebik. Sakit hati betul dibuatnya. Azuan memang kaki report! Pasal Fadhil selalu kena belasah dengan dia pun Azuan yang report pada ayah. Dalam baik ada khianatnya tu!
Kalau perempuan gedik mesti dah hentak-hentak kaki. Azyan nak hentak kaki sambil berguling-guling, jangan haraplah. Tak mainlah gedik-gedik ni! Dia main tumbuk dinding. Paling teruk, tumbuk anak Mak Timah Radio tu untuk melepaskan geram. Azyan memang dahsyat. Hilang dah azam dia nak jadi feminin dan penuh kesusilaan itu.
"Abang ni memanglah. Tahu sangat kelemahan Yan," rengus Azyan. Siapa lagi yang ditakuti kalau bukan Encik Idris. Bukan takut, tapi hormat. Jangan salah tafsir pula.
"Malam-malam minum air Coke. Tahu tak minum air bergas ni tak baik untuk kesihatan."
"Yang kau nak sibuk kenapa? Suka hati akulah!"
"Yan…."
Azuan menjeling adiknya. Tak boleh bertenang sikit. Sekali-sekala biarlah panas tu dijiruskan dengan air sikit. Bagi sejuk. Syakir pula mulut memang tak berinsurans. Main lepas saja bila bercakap. Itu sebab seorang perempuan pun tak tahan dengan sikap laser dia!
"Hmph!" Azyan bingkas bangun.
"Nak ke mana tu?" Azuan menyoal.
"Merokok!"
"Yan!"
Kali ini Azuan menekan sikit suaranya. Suka saja cakap main-main!
"Pergi tandaslah!" balas Azyan.
Baru setapak melangkah, kakinya tersadung pada kerusi. Azyan terjatuh di atas riba Syakir. Eksiden yang sama sekali tidak diduga. Muka Azyan sudah bertukar warna.
Syakir juga begitu.
Cepat-cepat Azyan bangun dari riba Syakir.
Azuan dan Haziq sudah mengulum senyuman di bibir masing-masing melihatkan Azyan dan Syakir yang sudah bertukar warna kulit muka. Merah jambu!
Azyan memarahi dia sendiri. Bagaimana dia boleh cuai sampai tersadung kerusi dan jatuh di atas riba Syakir pulak tu! Oh, tidak! Dia cepat-cepat mengatur langkah seribu. Malunya!
Namun tidak pula pada Syakir. Dia berasa cukup bahagia walaupun itu eksiden yang tidak disengajakan. Jatuh banyak kali di atas riba dia pun tidak apa. Dia rela.
Miang pula Si Syakir ni. Memang dah miang pun. Miang pada Cik Nur Azyan seorang.
Haziq perasan perubahan air muka Syakir. Tidak perlu dihairankan kerana Syakir memang sudah lama menyukai Azyan.
Azyan sahaja yang tidak menyedarinya. Slow betul minah tu!

0 comments:
Post a Comment