Coke And Sundae 6
BAB 6
INGATKAN hari minggu begini bolehlah berehat di rumah, tapi Si Syakir pula paksa Azyan mengikuti latihan pementasan di kelab teater. Nak tak nak, terpaksalah Azyan beratkan langkah pergi ke sana. Kalau tidak pergi, Syakir akan menurutnya di rumah pula.
Syakir tu bukan betul sangat otaknya. Macam yang Azyan cakaplah. Otak penuh dengan kuman yang diternak.
Nasiblah Azyan… ingatkan tak jumpa lagi dah muka mamat seekor tu. Dunia ini memang kecil. Kalau Azyan mengeluarkan aura yang menakutkan, Syakir pula mengeluarkan aura kejahatan dan kegelapan.
Biasalah, macam cerita super hero kat televisyen itu. Kalau ada hero mestilah ada penjahatnya. Dalam kes Azyan pulak, Azyan adalah heroin dan Syakir adalah penjahat. Tapi sekarang ini heroin sudah jatuh ke dalam tangan penjahat. Hero pulak masih tak datang-datang menyelamatkan heroin.
"Adoi!" Azyan menjerit.
Tak guna punya Syakir. Berani dia ketuk kepala aku dengan buku skrip!
"Ketika berlatih jangan nak berangan ya," suara Syakir.
"Kau sibuk apesal? Lantak akulah nak berangan ke, apa ke!"
"Amboi… menjawab. Kau tahu tak siapa yang berkuasa kat sini sekarang? Aku, Muhammad Syakir bin Ilyas. Cik Nur Azyan binti Idris, sila tumpukan perhatian pada latihan. Hayati watak kau dengan penuh concentrate. Aku tak mahu ada sebarang kesilapan masa pementasan nanti."
Syakir dekatkan mukanya dengan muka Azyan.
Berdegup kencang jantung Azyan. Terutamanya bila melihat Syakir tersengih. Cantiknya gigi Syakir yang tersusun rapi. Putih dan bersih macam iklan Colgate dalam televisyen. Bersinar-sinar.
"Boleh tak kalau bercakap tu jangan dekat-dekat dengan aku?"
Azyan menjarakkan dirinya dari Syakir. Mukanya sudah merona merah. Wangi sangat Si Syakir ni.
Ala… apa nak dihairankan Azyan? Syakir kan jenis lelaki yang bergayalah jugak sikit. Up to date kata orang. Tak suka busuk-busuk semua ni.
"Tapi aku suka." Selamba Syakir menjawab.
Azyan cebik bibir. Meluat! Menyampah! Geli!
"Yan… ke sini sekejap!"
Tiba-tiba Nani melaung.
Tak perlu tunggu lama, bergegas Azyan mendapatkan Nani. Sempat dia mengerling pada Syakir yang tidak pernah putus-putus mengukir senyuman di bibir. Handsome betul bila dia asyik tersenyum begitu. Cute! Tapi hati jahat!
Nani menyerahkan sepasang baju kebaya ala-ala zaman dahulu kala kepada Azyan.
Terkebil-kebil Azyan melihat baju yang sudah berada di tangannya. Ini mesti baju yang akan dia pakai untuk pementasan teater nanti. Cantik baju tersebut. Azyan melirik senyuman manis di bibir.
"Syakir tu nampak aje jahat, sebenarnya hati dia baik."
Nani memandang wajah Azyan. Patutlah Syakir tergila-gilakan gadis ini. Azyan memang lawa. Tak perlu mekap bertampal satu inci pada muka. Ringkas dan sederhana orangnya. Ramah dan mudah mesra dengan mereka. Tapi dengan Syakir, sekelip mata tingkah-lakunya berubah menjadi ganas.
"Huh! Kalau dia baik, dia tak ugut saya, tau. Dia tidak akan paksa saya masuk kelab teater korang ni."
Azyan tidak akan sesekali percaya yang Syakir itu seorang yang baik hati.
Nani ketawa kecil. Azyan memang slow. Azyan tak faham cara Syakir pandang dia berlainan sekali cara Syakir memandang gadis-gadis lain. "Yan akan faham suatu hari nanti."
"Ah! Sampai bila-bila pun saya tidak akan faham dengan Syakir tu. Dahlah dia tuduh saya pencuri. Entah barang apa yang saya curi dari dia, ntah!"
"Yan curi barang paling berharga dari dialah tu...."
"Saya tak curilah, Kak Nani. Tak kebulur saya nak curi barang berharga lelaki macam dia tu," balas Azyan sambil memuncungkan bibirnya.
"Memang slow." Kata Nani sambil ketawa kecil.
Berkerut dahi Azyan. Entah apa yang lucu sangat pada Nani, dia pun tak tahu. Rasa-rasanya dia tidak buat lawak pun. Azyan menjongketkan bahunya.
Kalau diingatkan kembali kenangan semasa alam persekolahan dulu, memang menyakitkan hati Azyan. Di awal perkenalan mereka sudah ada bunga-bunga permusuhan. Argh! Syakir yang memulakan pertelingkahan itu.
"GILA! Bila masa pulak aku ambik barang kau?!" Azyan menengking.
Kecut perut ahli-ahli persatuan tae kwan do yang lain. Meradang Azyan jangan dibuat main-main. Boleh terbakar satu bilik persatuan ni!
Syakir memang suka mencari gaduh dengan Azyan.
"Aku tak tipu! Kau memang dah curi barang berharga aku!" Syakir mengiakan kata-katanya.
"Kau sebenarnya nak cabar aku, kan?" Azyan menjegilkan biji matanya pada Syakir.
Syakir tersengih.
"Pencurik (pencuri)!" ucap Syakir lagi.
"Kau!"
Azyan merentap kolar baju Syakir. Nyaris penumbuknya hinggap pada muka Syakir jika Salwa tidak menghalang.
Salwa memeluk kuat tubuh Azyan.
Bukan Salwa seorang, malah teman-teman yang lain turut membantu.
Tenaga Azyan memang luar biasa kuatnya.
Syakir masih boleh muka selamba. Langsung tidak berganjak dari tempat dia berpijak.
"Lepaskan aku! Biar kau belasah mamat sengal tu cukup-cukup!"
"Sabar Yan… sabar! Lusa ni hari pertandingan. Kau nak nama kau digugurkan ke?" Salwa cuba menenangkan Azyan yang kehilangan sabar itu.
"Aku pantang betul kalau ada yang cakap aku ni pencuri. Ingat ayah aku tak larat kasi aku makan ke sampai aku nak mencuri. Muka aku ni ada rupa pencuri ke?" Azyan melenting.
Semua ahli persatuan tae kwan do itu menggelengkan kepala masing-masing, termasuklah Salwa.
Hanya Syakir yang menganggukkan kepalanya.
Berasap kepala Azyan. "Kau niii!"
Azyan ingin meluru ke arah Syakir. Sekali lagi tubuhnya disekat oleh Salwa dan rakan-rakan lain.
Bukan rakan-rakan lelaki yang memeluk Azyan, tau tapi rakan-rakan perempuan. Kalau lelaki, maka akan kena sepak terajang dengan Azyanlah jawabnya.
"Begini rupanya kalau Nur Azyan binti Idris mengamuk ye. Menakutkan betul! Eee… takutnya saya!"
Syakir boleh bantai ketawa. Kemarahan Azyan sedikit pun tidak mempengaruhi dia.
"Hampeh punya Syakir! Cicak kobeng! Aku nak bunuh kau!" Azyan semakin kuat meronta.
"Emmm... kau panggil aku cicak kobeng ye? Jadi aku panggil kau, gorilla! Baru adil, kan?"
"Kau panggil apa aku tadi Syakir?" Azyan menyoal balik.
"Gorilla… G-O-R-I-L-L-A." Syakir siap mengejakan sekali. Ketawa masih bersisa di bibir lelaki itu.
"Mati kau Syakir!"
Azyan berjaya melepaskan diri dari pegangan teman-temannya. Dia terus meluru ke arah Syakir. Kolar baju Syakir direntap. Dengan sepenuh tenaganya, Azyan menghumbankan Syakir ke atas lantai!
Salwa dan yang lain-lain hanya menekup mulut. Tak padan dengan kecik! Kuat betul tenaga Si Azyan ni.
Terkebil-kebil Syakir yang sudah terbaring di atas lantai. Tidak menduga sama sekali Azyan yang bertubuh kecil itu mampu menghumban dia.
Namun kejadian itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada Syakir. Pertelingkahan mereka berdua terus berlanjutan sehingga Syakir menamatkan alam persekolahan. Azyan langsung tidak mahu meminta maaf kepada Syakir. Begitu jua dengan Syakir. Dua-dua keras kepala. Dua-dua kepala angin. Sampai sekarang ini Azyan masih tidak tahu apa yang telah dia curi dari Syakir.
"SYAKIR…."
Suara manja Emelda mengejutkan semua ahli kelab teater termasuklah Azyan.
Lenggang-lenggok Emelda berjalan mendekati Syakir yang sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya mengemas peralatan.
Masing-masing mencebirkan bibir melihat gelagat Emelda. Gelagat yang meloyakan anak tekak.
Syakir pekakkan telinga. Dia langsung tidak ambil peduli dengan kehadiran Emelda.
Muncung sedepa bibir merah Emelda. Macam muncung bibir Mak Cik Wok dalam siri Rumah Beratap Zink karya kartunis Cabai dalam komik Apo? tu. Kalau nak tau macam mana rupa Mak Cik Wok tu, rajin-rajinlah korek balik komik Apo? dalam stor kalian. He he he....
"Syakir… I panggil you ni. You dengar tak?"
Lunak manja suara Emelda kedengaran di bilik latihan kelab teater itu.
Cis! Dasar perempuan penggoda. Persis kucing miang!
Dilihatnya Syakir masih buat derk. Endah tak endah dengan kehadirannya.
"Syakir!"
Kali ini Emelda menaikkan volume suaranya. Geram kerana kehadirannya tidak diendahkan oleh Syakir.
Syakir memalingkan kepala. Wajahnya yang sentiasa selamba itu berubah menjadi serius.
"Hah! Nak apa kucing miang? Lapar ke? Kalau lapar pergilah ajak kucing-kucing jantan yang berpeleseran kat kolej kita tu belanja makan," balas Syakir.
Emelda mencebik. Dari dulu susah benar nak pikat hati si jejaka seorang ini. Mulutnya pulak macam laser.
Si Azyan pula terkejut beruk mendengar kata-kata Syakir pada Emelda. Ingatkan keluar kata-kata bunga tadi. Huiyo! Dasat (dahsyat) tu....
Betullah apa yang dia dengar budak-budak senior cakap. Syakir memang top student di kolej. Terkenal dengan sikap cool dan wajah kacaknya itu. Tapi Syakir sukar didekati oleh perempuan sebab mulut dia berbisa. Tak tahulah racun apa yang dia taruh pada mulut seksinya itu. Ingatkan Emelda dah dapat mengurat Syakir selama ini.
"Tak baik you cakap macam tu pada I. I datang sini nak berbaik-baik dengan you. I tahu you mesti marah pada I."
Emelda menggesel-gesel manja.
Syakir geli geleman. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Emelda. Dia bukan lauk untuk santapan Emelda. Tolonglah! "Aku tak kisah. Lagipun aku dah dapat pengganti kau."
"Pengganti I? Bila I cakap I nak keluar dari kelab ni? Please Syakir… janganlah main-main dengan I. I tahu I dah buat you marah. I’m so sorry.…"
"Bila masa aku marah kat kau? Aku lagi suka masa kau tarik diri dulu. Kalau kau nak join balik kelab ni boleh, tapi kau tak akan memegang watak heroin lagi. Kebetulan ada satu watak yang masih kosong dan amat sesuai dengan kau. Kau pegang watak nenek kebayan," kata Syakir sambil mengusap-usap dagunya.
Ahli-ahli yang lain ketawa mengekek. Padan muka! Ingat Syakir itu mudah makan pujuk rayu Si Emelda tu? Kirim salam awal-awal la diktaktor macam Syakir itu akan ikut telunjuk perempuan macam Emelda.
Tajam jelingan mata Syakir menatap wajah jelita Emelda.
Emelda mengetap bibir. Syakir memang sengaja mahu menyakiti hatinya.
"Mel tu dah lama sukakan Syakir. Tapi Syakir buat derk aje sebab Syakir dah ada pujaan hati dia sendiri. Tapi, minah yang Syakir suka tu otaknya slow nak mampus! Sampai sekarang masih tak sedar-sedar yang Syakir itu sukakan dia. Kesian Syakir. Sudahlah dia bukan dari golongan mat jiwang. Tak reti nak guna ayat-ayat mengurat ni," bisik Nani pada telinga Azyan.
Azyan kerut dahi. Syakir ada pujaan hati? Biar betul! Selama ini dia fikirkan Emeldalah gadis yang Syakir gilai. Rupa-rupanya salah target.
"You nak I yang cantik ini pegang watak nenek kebayan? Pleaselah! I tak layak langsung pegang watak tu. Syakir… I nak watak Tun Teja I balik. I hanya sesuai pegang watak itu. Takde orang lain boleh ganti tempat I, tau."
"Siapa cakap? Kau ingat kau seorang saja lawa? Gorilla aku sepuluh kali ganda lawa dari kau."
Syakir memuncungkan mulutnya pada Azyan.
Tersentak Azyan. Syakir tidak pernah kata Azyan lawa selama ini. Berdebar-debar hati perempuannya.
Emelda mengalihkan pandangan. Bulat matanya menyorot ke arah Azyan. Macam mahu menelan Azyan.
Azyan buat muka poyo. Siap menyilangkan tangan lagi. Apa nak takut pada kucing miang seperti Emelda itu? Dia ada black belt. Setakat kucing miang macam Emelda tu, bisa diurus!
"Lebih baik kau fikir dua tiga kali sebelum kau nak cari pasal dengan dia. Aku sendiri hampir mati nak ‘jinak’kan gorilla ni. Gorilla ni memang berbahaya," sambung Syakir.
Azyan merengus. Cis! Dia kata aku gorilla depan Emelda. Memang mulut dia tidak berinsurans.
Emelda kerutkan dahi. Tadi dia tak berapa cam wajah ayu milik Azyan. Mulutnya ternganga. Mujur tiada lalat di dalam bilik latihan teater itu. Kalau tidak, pastinya sudah terbang masuk ke dalam mulut Emelda yang masih ternganga luas itu.
"It’s you!" Emelda menudingkan jarinya ke muka Azyan.
Ceh! Baru dia cam aku. Heh heh heh! Baru kau perasan yang ugly duckling boleh jadi flamingo.
"Azyan The Ugly Duckling. Budak nerd yang ke hulur dan ke hilir dengan buku di tangan tukan? I can’t believe it!"
"You must believe it, Cik Emelda Fatihin. So, secara rasminya Azyan akan mengambil alih watak kau sebagai Tun Teja serta merangkap ahli kelab teater ni. Sebarang bantahan atau SMS tidak akan dilayan."
"I macam mana?"
"Kalau kau nak join kelab ni, kau kena jadi nenek kebayan. Kalau tak, dengan segala hormatnya sila blah," putus Syakir. Dia mula mengatur langkah.
"Syakir…."
Terkedek-kedek Emelda mengekori langkah Syakir. Nak memujuklah tu! Kalau dah hitam kata Syakir, maka tiada kata putihnya.
"Haru-biru kelab kita ni kalau Emelda join balik. Kerenah mengada-ada dia bukan senang nak ditangani kalau Syakir takde." Mat Karan mengeluh panjang.
Nasib koranglah ada ahli gedik macam Emelda.
Gedik Emelda dari sekolah lagi tidak pernah lekang. Malah bertambah-tambah pulak gediknya itu. Selalu sangat perasan yang dia tu cantik dan menjadi rebutan lelaki. Tapi memang diakui, Emelda tu cantik orangnya. Tapi, harap muka aje lawa tapi pelajaran hancus, buat apa? Nasib baiklah mak bapak Emelda itu orang kaya. Wang tidak menjadi masalah. Mahu belajar di mana-mana pun boleh.
BERKERUT dahi Azyan melihat gelagat Azuan yang sedang terhendap-hendap di sebalik pokok bunga kertas berdekatan tempat parkir motosikal itu. Hari cuti begini pun Azuan hadir ke kolej. Tak lain, tak bukan mesti sibuk dengan aktiviti kelab bolanya. Azyan nak turut serta, Azuan tak kasi. Apa tidaknya, semua ahli kelab itu adalah lelaki. Terjengket-jengket Azyan menghampiri Azuan.
Azuan tidak sedar akan kehadiran Azyan di belakangnya.
Sakat best ni. Bukan main khusyuk lagi abang aku ini menghendap. Mesti dia tengah skodeng (menghendap) awek cun. Gatal jugak abang aku seorang ini.
Apa lagi, pinggang Azuan dicucuk oleh Azyan dari belakang.
"Opocot kau meletup! Eh! Meletup!" Azuan melatah.
Azyan ketawa mengekek. Azuan memang sensitif sikit kalau cucuk kat pinggang dia.
Kurang asam punya adik. Berani dia cucuk pinggang aku? Tajam Azuan menjeling Azyan.
"Potong stim betul la Yan ni," rengus Azuan.
"Ooo…. abang menghendap ye. Yan kabor (bagitau) pada ayah nanti." Azyan menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
Azuan mencebik. "Syyy! Senyaplah Yan. Jangan bising-bising. Nanti dia orang perasan pulak."
Azuan meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.
"Emmm… apa kena dengan Abang Zuan ni?"
"Syyy!"
Pantas Azuan menekup mulut Azyan. "Kan abang kata jangan bising. Nanti Nuar dengan awek tu dengarlah."
Azyan anggukkan kepala.
Azuan menarik kembali tangannya.
"Abang Zuan skodeng Abang Nuar, ya."
"Kalau Yan nak join abang… Yan kenalah senyap. Sekarang ni babak yang paling best, tau."
Azyan tersenyum panjang. Ini yang best ni. Dia pun turut serta mengikut jejak Azuan menghendap. Kedua-dua kepala tersembul di sebalik pokok bunga kertas itu. Betullah kata Azuan yang Anuar sedang bertekak dengan seorang gadis yang memang boleh dikategorikan sebagai gadis ayu yang jelita.
"Siapa awek cun tu, Abang Zuan?" Azyan bersuara perlahan.
Azuan tersengih macam kerang busuk. "Kalau Yan nak tau, itulah awek yang bagi bunga pada Nuar. Yang bagi ugutan buat kita ketawa berguling-guling tempoh hari."
"Biar betul! Cantik awek tu, Abang Zuan."
"Memang cantik. Tapi awek tu psycho sikit. Ke mana saja Nuar pergi, mesti dia ikut kecuali time Nuar pergi toilet. Abang pun tak tahu apa yang menarik sangat pada Nuar tu. Nak kata handsome, abang lagi handsome dari dia. Nak kata top student… gelaran itu disandang oleh Syakir, musuh ketat Yan tu. Tapi entah kenapalah perempuan tu suka sangat kat dia. Ini abang tidak puas hati ni."
Azuan mengusap-usap dagunya. Macam gaya Si Syakir pulak dah.
"Memanglah Abang Zuan lagi handsome dari Abang Nuar. Tapi satu aje problem pada perangai abang ini. Setahu Yan, sorang awek pun tidak tahan dengan perangai Abang Zuan yang gilakan bola. Pasal bola, sanggup cancel date. Itu pasal Kak Maya tinggalkan Abang Zuan dulu." Azyan mencebik.
"Ala, pasal bola pun dia nak kecik hati."
"Siapa yang tak kecik hati kalau berdating pun kat dalam stadium bola," desis Azyan.
Azuan ketawa kecil. Kata-kata Azyan memang ada benarnya.
"Kalau Yan pun, Yan kecik hati. Tapi nasib baiklah Yan pun kaki bola juga."
"Syyy...."
Azuan menutup mulut Azyan.
Kelihatan Anuar mengorak langkah meninggalkan gadis itu. Wajah Anuar merah padam. Mesti marahnya sedang meluap-luap tu.
Pertama kali dalam seumur hidup mereka melihat Anuar sebegitu.
Si gadis mencebikkan bibir. Laju mengikuti langkah Anuar yang sudah menjauh ke hadapan.
"Adui... terlepas pulak dah! Layan Yan punya pasallah abang dah terlepas adegan yang panas tadi. Eee... geramnya!"
"Siapa suruh abang layan Yan? Yan tak suruh, kan?"
Azyan membalas selamba.
"Hmmm… Yan bawak skuter kesayangan Yan tak?"
"Mestilah. Takkan Yan nak menapak (jalan kaki) ke kolej pulak. Kenapa?"
"Abang tumpang Yan ye. Kapcai abang masuk workshop. Tadi tumpang kawan abang datang sini. Malas nak tumpang kapcai Nuar time dia tengah hot (marah) macam ni. Mengaum pulak dia. Yan bukan tak kenal dengan Nuar tu. Angin dia bila dah datang, berpusing kepala abang dengar dia membebel. Sama macam Yan jugaklah."
Itu realitinya.
"Okeylah. Nasib baiklah mood Yan okey hari ni. Tapi syaratnya biar Yan yang bawak abang."
"Okeylah, okeylah. Tapi Yan jangan merempit pulak. Ingat pengajaran yang Yan terima masa tu. Hiii! Tak padan dengan perempuan."
"Ala… setakat merempit suka-suka aje. Itu pun nak kecoh. Don’t worrylah. Yan akan jaga keselamatan abang tersayang Yan. Kalau Yan nak merempit Yan tak akan bawak abang. Yan merempit sorang-sorang aje. Baru power. Orang merempit dengan kapcai tapi Yan merempit dengan skuter. Lain kali nak test bawak ala-ala Superman pulak."
Azuan membulatkan mata mendengar kata-kata adik tersayangnya itu.
"Yannn…!"
Azyan dan Azuan tersentak. Kedua-dua berpaling ke belakang.
Kelihatan Salwa terkocoh-kocoh berlari mendapatkan mereka.
"Amboi, kuatnya berlari. Ada larian marathon ke nanti?" Azyan mengusik.
"Taklah. Saja buat exercise tengah hari rembang begini. Nak keluarkan peluh busuk," balas Salwa tercungap-cungap.
Azyan ketawa. "Hah! Apa hal cari aku ni? Nak belanja makan ke?"
"Pak Mat naik lori, so sorry! Aku cari kau bukan pasal nak mengenyangkan tembolok kau tu. Ini ada surat untuk kau dari Haziq."
Salwa menyerahkan kertas putih yang berlipat kemas itu kepada Azyan.
Azyan menyambut dengan wajah yang berseri-seri. Macam anak gadis yang nak naik pelamin. "Surat dari Haziq…."
"Yelah. Takkan surat dari Syakir pulak."
"Jangan sesekali kau sebut nama mamat tu depan aku, Wawa. Pantang aku dengar nama dia. Cukuplah aku sekarang ini berada di bawah telunjuk dia! Sakit hati aku, tau tak! Dia memang sengaja nak mengisytiharkan perang dengan aku!"
Dengar nama Syakir saja Azyan naik angin. Tak faham Salwa dengan perangai minah seorang ini. Si Syakir tu bukan jahat mana pun. Nakal aje.
"Kau ni Yan… langsung tak boleh nak berbaik-baik dengan Syakir. Kalau akulah berada di tempat kau, dah lama aku tackle Syakir. Ikut peratusan pelajar-pelajar perempuan di kolej kita ni, 98% pilih Syakir sebagai lelaki idaman mereka berbanding Haziq yang kau dok terkejar-kejarkan tu...."
"Wah, wah… buat research nampak. Budak-budak pompuan tu buta mata. Mereka cuma tengok muka handsome Syakir saja. Kalau nak bagi markah pada Syakir, antara 0 hingga 100%... aku rasa takde markah untuk Syakir."
"Takde markah? Amboi… dah pandai menilai orang pulak." Azuan menyampuk.
"Menyibuklah abang ni. Jangan menyampuk la!"
"Yelah! Abang tunggu Yan kat skuter kesayangan Yan itu. Jangan lama-lama. Hari ini giliran abang masak, tau. Nanti tak makan tengah hari kita."
Azuan mengatur langkah.
Azyan tersengih. Ikut jadual waktu betul abangnya itu. Bukan macam dia... tegar sangat melanggar jadual yang dibuat oleh ‘tuan mejar terhormat’. Terutamanya bila penyakit ‘M’ itu datang. Malas!
"Kau tunggu apa lagi Yan? Bukalah surat dari kekasih pujaan hati kau tu. Aku nak tahu jugak apa yang dia tulis."
Salwa pula rasa teruja dan tidak sabar.
"Aku nak bukalah ni."
Perlahan-lahan Azyan membuka lipatan kertas berkenaan. Matanya membulat sebaik saja membaca isi kandungannya. Bibirnya mengukir senyuman yang paling lebar dalam sejarah hidupnya... konon-kononnya la.
"Apa dia tulis Yan?"
"Hari ini hari yang paling menggembirakan aku, Wawa."
"Kenapa?"
Salwa kerut dahi. Semacam pula dia lihat wajah Azyan yang mula naik serinya. Jangan over sangat Yan… nanti hilang seri kau itu masa kahwin nanti.
"Akhirnya… aku dilamar, Wawa!"
"Aik! Belajar belum habis lagi dah menggatal nak kahwin? Kau nak kena pancung dengan ayah dan abang-abang kau tu, Yan? Belajar dulu sampai habis baru nak menggatal kahwin," bebel Salwa.
Apa lagi, kena ketuk kepala Salwa kerana mengutarakan kata-kata yang tidak berasas pada Azyan. Dia gatal nak ada teman lelaki, tidak bermakna dia gatal nak kahwin!
"Haziq ajak aku keluar datinglah. Bukannya ajak kahwin."
"Lain kali cakap tu biar terang. Ini bagi ayat yang mengelirukan orang. Tak pasal-pasal ketuk kepala kita. Yan, kepala aku ni berinsurans, tau."
"Sorry…." Azyan tersengih. "Nanti aku belanja kau makan sebab menyerahkan surat yang amat berharga ini pada aku."
"Sayang juga kau pada aku, ye Yan."
"Kaulah satu-satunya sahabat baik masa suka dan duka aku, Wawa. Aku mana boleh lupakan kau. Kau dah macam saudara aku sendiri, tau."
Azyan memeluk bahu Salwa erat. "Kau seorang saja yang tak takut berkawan rapat dengan aku."
"Sebab aku tak pandang pada luaran kau. Aku lihat pada hati kau walaupun kau dulu amat menggerunkan." Salwa tersenyum manis.
Azyan ketawa kecil.
"Tapi ada seorang lagi yang tak takut pada kau. Dan dia orang yang paling sesuai menjadi teman lelaki kau, tau," sambung Salwa lagi.
"Siapa?"
"Syakir."
"Aku dah cakap jangan sebut nama dia."
"Syakir, Syakir, Syakir, Syakir, Syakir…."
Salwa menyebut berulang kali tanpa menghiraukan wajah Azyan yang sudah merah padam.
"Wawa!"
Azyan menjerit lantang.
Salwa tertawa kecil. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya daripada Azyan.
Tunggu apa lagi? Cabutlah! Gorilla sudah mengamuk!
Salwa berlari dengan tawa yang masih bersisa dan Azyan mengejarnya dari belakang.

0 comments:
Post a Comment