Coke And Sundae 17
BAB 17
KESIAN pula Azyan tengok Dira yang menangis gara-gara Abang Anuar. Perlahan-lahan Azyan mengusap belakang Dira. Dira mengadu kepada Azyan yang Anuar mengatakan bahawa dia tidak berminat pada perempuan. Dia homoseksual! Sungguh kurang ajar abangnya yang seorang ini. Ilmu songsang mana yang dia belajar, Azyan sendiri pun tidak tahu. Sanggup mengaku yang dirinya homoseksual demi menghancurkan hati seorang gadis yang suci murni ini. Tidak boleh dimaafkan sama sekali!
Azyan menarik tangan Dira. Dia mahu membuat perhitungan dengan Anuar. Dia sebagai adik pun sudah cukup malu. Apa lagi, Azyan terus adukan perkara yang memalukan itu pada Azuan.
Ternganga mulut Azuan yang sedang makan bihun sup di kafeteria. Dira dijadikan sebagai saksi utama kes berkenaan. Dua tiga kali Azuan menyoal Dira, barulah dia berpuas hati. Tidak boleh dibiarkan!
Patutlah semenjak dua menjak ini Anuar lain macam aje. Siap ada bukti di tangan lagi. Gambar Anuar berpelukan dengan seorang mamat tu. Tapi muka mamat bersama Anuar itu censoredlah pulak! Ini memang kes yang berbahaya macam Azyan cakap. Kali ini Azuan menarik tangan Azyan.
Azyan segera menarik tangan Dira.
"FUH…."
Anuar menarik nafas panjang. Lega kerana Dira sudah berputus asa mengejar dirinya. Tiada cara lain, melainkan cara ‘itu’ sahaja yang boleh diguna pakai. Pening kepala kalau hari-hari Dira asyik mengikut punggung dia. Kalau dia tegur perempuan lain, Dira akan serang perempuan tersebut. Tak ke gila namanya tu?
Tapi… bagaimanalah agaknya reaksi Azuan dan Azyan bila mereka tahu yang dia mengaku bahawa dirinya adalah homoseksual pada Dira. Dia bukannya betul-betul homoseksual pun. Saja dia menipu Dira.
Itu pun setelah minta khidmat nasihat daripada Syakir. Bernas juga idea Si Syakir ni. Meraung Dira bila dia cakap dia homoseksual. Kelakar pun ada. Dira percaya bulat-bulat setelah ditunjukkan beberapa bukti di tangan. Kalau Azyan tengok, mesti dia naik hantu! Apa tidaknya, gambar dia berpelukan dengan Syakir! Semuanya idea gila Syakirlah. Dia ikut saja. Hu hu hu….
"Ooo... di sini ya abang sembunyikan diri."
Suara Azyan bergema di telinga Anuar.
Anuar yang sedang relaks di bawah pokok rendang itu membuka matanya yang terpejam. Dia tarik buku yang menutup wajahnya. Wajah Azyan yang menyeringai jelas kelihatan di hadapan mata Anuar. Firasat yang tidak baik. Azuan dan Dira pun ada sekali.
"Yan!"
"Khairil Anuar bin Idris! We all datang nak tuntut penjelasan daripada abang. Bila masanya abang bertukar jadi homoseksual ni? H-O-M-O-S-E-K-S-U-A-L!" marah Azyan.
Tu dia… siap eja sekali perkataan homoseksual tu.
Anuar ketawa sambil menekan perut. Tak tahan dengan lawak bodoh Azyan. Boleh pulak Azyan yang cerdik itu percaya sepenuhnya dengan kata-kata Dira. Ha ha ha! Azuan pun boleh terlibat sekali. Lawak, lawak!
Azyan dengan Azuan saling berpandangan. Anuar dah sewel agaknya sampai boleh ketawa terbahak-bahak macam tu sekali.
Kesian… muda-muda lagi dah tak betul abang aku seorang ini. Azyan gelengkan kepala.
"Kalau pasal hal itu abang rasa tak payahlah korang berdua ambil port. Abang tahu apa yang abang buat," kata Anuar sambil mengusap-usap rambut Azyan.
Azyan mencebik. Kalau sudah terpesong boleh dianggap hal kecil ke? Azyan tak puas hati. Bukan itu penjelasan yang dia mahu dengar.
"Kau ni dah kena sampuk dengan hantu gay ke, Nuar? Aduh… siapa ajar kau buat benda songsang ni?!" Azuan meninggikan suara.
"Baik abang cakap cepat sebab Yan ada bukti kukuh, tau! Jangan sampai bukti ini jatuh ke dalam tangan ayah. Nahas abang! Bak kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kecuali kalau ada beruk atas pokok tu."
"Pepatah mana kau ambil ni, Yan?" celah Azuan. Rosak adik aku seorang ni.
Bukan Anuar tak nak bercerita hal sebenarnya tapi Dira ada bersama Azyan dengan Azuan. Macam mana ni? Ahah! Tiada orang lain boleh dia pinta pertolongan selain daripada Syakir. Anuar segera menghubungi Syakir.
Syakir yang sedang khusyuk menghadap kuliah Cik Puan Zaharah terganggu dengan bunyi telefon dari dalam kocek seluarnya. Mujur saja bunyi telefonnya itu tidak menggegarkan satu dewan kuliah. Jika tidak, habislah riwayat telefon bimbitnya akibat dihumban ke luar tingkap oleh Cik Puan Zaharah. Masakan tidak, Cik Puan Zaharah tidak suka sebarang gangguan dalam kelasnya walau bunyi lalat pun. Ketika Cik Puan Zaharah leka menghadap papan putihnya, Syakir segera ambil peluang menjawab panggilan.
"Nuar, kau nak mampus? Aku dalam kelas Cik Puan Zaharah, tau," ujar Syakir separuh berbisik. Sambil-sambil itu dia tengok kiri kanan juga. Takut terkantoi dengan Cik Puan Zaharah.
"Aku pun nak mampus jugak ni, Kir! Dira pergi report pada Azyan dengan Abang Zuan!"
"Hampeh sungguh Si Dira tu. Itulah kau… aku suruh kau rela hati terima cinta Dira, kau tak mahu."
"Habis tu, macam mana ni Kir?"
"Emmm... kau lengahkan mereka dulu. Dalam masa dua puluh minit lagi aku sampai. Kelas aku pun dah nak tamat ni."
"Okey!"
Sebaik sahaja Anuar kata okey, Syakir terus mematikan telefonnya.
Nani yang duduk tidak jauh dari meja Syakir mengerling.
Syakir tersengih. Semalam Nani naik hantu dengan Syakir gara-gara Syakir buka cerita pasal anak Dato’ Ariffin tu. Baru saja sebut nama Zekri, Nani jadi sasau. Sah! Memang Nani allergic mendengar nama Zekri. Nampak saja Si Nani tu lemah lembut, tapi kalau dah datang angin dia boleh bertukar jadi tsunami jugak. Itu pun kalau ada sesiapa yang berani menyebut nama Ahmad Zekri bin Dato’ Ariffin.
"Siapa call?" tanya Nani berbisik-bisik. Cover line. Takut Cik Puan Zaharah dengar.
Kelas Cik Puan Zaharahlah yang paling ditakuti oleh budak-budak medic ni. Cik Puan Zaharah tidak pernah bagi muka pada pelajar-pelajar dia. Kalau gagal kertas dia terus kena ‘cantas’. Tiada maaf bagimu! Itu ayat yang selalu keluar pada pensyarah berusia awal empat puluhan itu. Ayat power dia, "kalau saya marah, saya nampak darah!"
"Anuar."
"Dia nak apa?"
"Dia nak engkau."
"Syakir. Serius, okey."
"Lepas kelas ni, kau ikut aku."
TERGESA-GESA Nani membuntuti langkah Syakir. Laju gila langkah Syakir. Kalau masuk larian marathon mesti dapat tempat pertama. Nak tahu punya pasal, Nani sanggup ikut Syakir. Pasti ada cerita yang menarik jika melibatkan kaum kerabat Azyan, buah hati Syakir itu. Nani tersenyum sendiri.
Bila ingatkan semula hal semalam, rasa macam kena rasuk bila dia tiba-tiba mengamuk sakan sebab Syakir sebut nama Zekri. Nama Zekri memang dilarang keras disebut depan dia. Syakir buat-buat tidak tahu pula. Sampai bila-bila dia tidak boleh tengok muka Zekri, bahkan sebut namanya pun tak boleh. Bapak segala buaya itu yang buat dia frust menonggeng sampai bengkak mata suatu ketika dulu. Jadi mata panda, beb! Itu sebab sampai sekarang dia solo lagi. Allergic nak bercinta!
"Apa hal pulak mamat ni datang dengan Kak Nani?"
Azyan kerut dahi apabila nampak kelibat Syakir dan Nani.
Anuar tersenyum meleret bila lihat ‘penyelamat’nya sudah sampai. Dia alih pandang pada Dira yang sudah bengkak mata kerana terlalu banyak menangis. Yang Azyan pula asyik menghulurkan kotak tisu yang dibawanya bersama kepada Dira. Ada saja peel adiknya yang seorang ini.
"Nani! Aku rasa baik kau bawa Dira bersama kau. Hal ini tak boleh disettlekan kalau ada Dira. Sulit! Nanti aku cerita kat kau apa sebabnya."
"Okey!" Nani mengeyitkan mata. Dia memaut lengan Dira dan mengajak gadis itu beredar dari situ.
Dira menurut saja. Tidak banyak songeh.
"Sebenarnya gambar Anuar yang sedang berpelukan dengan lelaki tu, idea aku. Dan lelaki yang berpelukan dengan Anuar itu adalah aku. Ala… buat cantum-cantum dalam program Photoshop tu. Bukan susah sangat! Kawan-kawan aku ramai graphic designer. Saja kami buat begitu sebab nak bagi Dira give-up kat Anuar."
Syakir buka cerita setelah Nani dan Dira hilang dari pandangan mata.
Azyan dan Azuan terlopong. Cis! Idea yang memalukan kaum dan keturunan! Macam takde idea lain. Rosak betul bakal doktor ni. Azyan dan Azuan sama-sama geleng kepala. Syakir memang bikin kecoh.
"Dan aku takkan buat tanpa persetujuan tuan empunya diri. Aku jugak tak paksa Nuar ikut idea aku yang ‘gila-gila’ bernas itu. Kalau kau nak main cantum-cantum gambar kau dengan aku pun boleh Yan," sambung Syakir lagi.
"Tak hingin aku! Kau memang sengallah Syakir. Aku memang tidak boleh terima idea H-O-M-O-S-E-K-S-U-A-L kau! Memalukan kerabat aku aje, tau!"
"Halo… itu idea aku yang paling bernas, tau. Bukan senang nak buat kalau tak ada kekentalan mental."
"Kekentalan mental otak kau! Entah-entah engkau memang ada simpan ‘anak ayam’. Jangan kau sesekali berani tarik abang aku ke dalam kancah hina kau tu, Syakir! Langkah mayat aku dulu!" marah Azyan.
"Amboi! Tak sayang mulut. Kau ingat aku ni lelaki murahan? Sanggup jual badan? Pleaselah Cik Nur Azyan. Dari aku jadi H-O-M-O-S-E-K-S-U-A-L lebih baik aku jadi ‘anak ikan’ Datin. Duit poket masuk tiap-tiap bulan."
Syakir pun dah ikut cara Azyan, mengeja perkataan homoseksual daripada menyebutnya.
Mereka mula bertikam lidah.
Azuan dan Anuar tepuk dahi. Asal jumpa saja, bergaduh. Asal jumpa saja, mesti nak bergaduh. Tak pernah nak berbaik langsung. Azuan dan Anuar berdoa di dalam hati hendaknya Azyan dan Syakir akan berbaik suatu hari nanti dan akan ada jodoh di antara mereka berdua. Amin!
Bila masing-masing sudah kering air liur, tahu pula mereka berhenti bertekak. Dah habis modal nak bercakaplah tu!
Azyan tarik muka. Benci betul nak menatap muka Syakir. Makin dia tengok makin menyampah pula! Ehem! Mulut saja kata menyampah, tapi dalam hati berdebar-debar. Lebih-lebih lagi kalau Syakir berbisik di telinga dia masa latihan teater. Dengan ahli kelab perempuan yang lain tidak pula dia main bisik-bisik begitu. Syakir memang sengaja! Ambil kesempatan. Azyan tidak menunggu dengan lebih lama. Dia segera angkat kaki.
"Tak baik kau tipu Dira dengan lawak melampau kau, Nuar. Cubalah kau cakap baik-baik dengan Dira." Azuan mula bersuara. "Kau pun satu, Syakir. Bagi idea yang ‘terlalu’ bernas macam ni. Kalau Dira kecoh satu kolej, naya aje kita jawabnya."
"Sorrylah… aku nak tolong kawan aje. Aku pun tak mahu kecoh begini."
Bila bercakap ada saja senyuman di bibir Syakir. Syakir memang tidak pernah lekang dengan senyuman nakalnya.
"Syakir, aku ada satu pepatah yang cukup baik untuk kau. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak!!!"
Azuan menepuk bahu Syakir. Dia memang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan. Lama dah dia tahu, tapi dia saja buat-buat tak tahu.
Azuan dan Syakir ketawa.
Anuar geleng kepala. Apa la nak jadi dengan diorang ni? Huh! Seorang lagi perosak pepatah Melayu.

0 comments:
Post a Comment